Penuhkan Masa Terluang Ketika Lockdown!!! Tanam Kubis Kat RUmah Je Lah. Ini Cara Semai Hingga Tuai Dan Sesuai Untuk BBNU.

Kobis Tanam Depan Rumah Jer , Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Ke Menuai Dan Sangat Sesuai Untuk Newbies.

Kalau kite tengok kobis bulat-bulat dan segar begini pasti akan rasa bersemangat untuk bercucuk tanam kubis dan macam-macam tumbuhan lain lagi.

Ditanam pulak depan , belakang atau tepi rumah tentu sahaja bila nak masak ,kite petik sahaja di pokok. Boleh makan fresh dan dijamin kualitinya! Tak perlu lagi risau racun perosak, bahan kimia atau baja yang tidak halal digunakan. Nak cuba tanam kobis? Jom ikut cara saudara Mohd Amri ini, malah bole dijadikan panduan dan rujukan terutama newbies.

CARA TANAM KOBIS DI RUMAH

Sejak dulu bila sebut je kobis mesti ingat Cameron Highlands tapi sekarang depan dan halaman rumah pun boleh tanm kobis tau. Kaedahnya sangat mudah dan dan pastinya menjadi.

Peralatan:

1. Sediakan bekas/pasu/polibeg/tayar kereta terpakai atau macam saya guna bakul kedai eco rm2.10 sahaja.

2. Tanah haruslah medium, nak guna tanah hitam sawit boleh, nak guna tanah 6 in 1 boleh, tanah campur boleh, cocopeat sahaja pun boleh. Janji medium jangan terlalu keras sehingga air tak meresap sampai ke bawah.

Benih

3. Benih kobis. Semai siap-siap sebelum dipindahkan ke pot/bekas yang disediakan. Saya ambil masa dalam 13-15 hari, bila anak pokok sudah matang, baru pindah ke bekas. Semaian saya pakai peatmoss.

4. Baja. Ada orang guna baja biji. Ada orang guna baja tahi ayam. Saya pula pengguna baja TPF. So, terpulamg;ah kepada anda nak guna baja apapun ya.

CARA TANAM:

7 hari selepas semai.

Sebelum dipindahkan. Tanam sampai garis merah tu

Lihat video kaedah tanam kobis- Kaedah pindahkan anak pokok yang sudah matang

Ni la rupa selepas dipindahkan.

Selepas dipindahkan. Waktu ini umur 13-15 hari selepas semai.

1. Setiap satu anak pokok hanya satu bekas. Nanti pokok akan melebar. Kalau satu bekas dua pokok, pertumbuhan tak membesar dengan bagus la kejadiannya.

2. Setiap kali siraman dibuat, tanah akan menjadi mendap ke bawah kerana kubis ni special sikit, perlu kambus balik tanah yang lompong supaya pokok tidak menjadi jinjang sehingga ternampak batangnya. Tutup balik batang dengan tanah, boleh tambah tanah baru atau yang sedia ada dalam bekas. Ada video di bawah saya beri untuk lebih jelas.

3. Seminggu sekali saya akan semburkan BIO BOOSTER untuk tingkatkan lagi kesuburan daun dan pertumbuhan pokok kobis saya.

4. Pastikan pokok mendapatkan cahaya matahari secara langsung dan Insya Allah kobis akan membulat dengan jayanya.

KAWALAN SERANGGA:

1. Untuk serangga seperti ulat daun, belalang, semut dan lain-lain serangga perosak, saya gunakan strex sahaja. Memang sangat membantu menghalang serangga mendekat dan bersarang di pokok kobis saya.

2. Seminggu sekali saya akan selangkan juga dengan cuka kayu. Cuka kayu boleh dibancuh dan disiram pada tanah untuk elakkan kulat terutama musim hujan yang kerap.

TUAIAN:

1. Dari hari pertama semai biji benih, saya mengambil masa selama 3 bulan sebelum harvest.

Dan inilah hasilnya!

Video petik kubis untuk makan tengahari:

 

Ni gambar kubis kat depan rumah. Cantik kan? Dah bole jadi landskap yang menarik sebab kobis ni kembang semangkuk, dari jauh pon bole nampak hijau je, sejuk mata memandang dan bentuknya seperti bunga ros. Jom jadikan kobis sebagai landskap rumah, share jika bermanfaat!

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih