in

Penyatuan UMNO-PAS Terus Hantui PH, Guan Eng: Mohamad

SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden UMNO mengeluarkan penyataan dimana penyatuan UMNO dan PAS akan terus menghantui Pakatan Harapan (PH) terutama sekali Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Mohamad berkata, kenyataan yang di keluarkan oleh Guan Eng kepada masyarakat bukan Islam dimana mereka akan melalui kesengsaraan apabila UMNO dan PAS memerintah. Hal ini menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak rasional, anti akal dan juga tidak waras.

“Kepada Guan Eng, jika pemikiran politik kamu yang jumud menjadi sandaran, makanya Malaysia Baru itu adalah Malaysia yang amat prejudis terhadap Islam dan bangsa Melayu… dan bukannya hanya sekadar bencikan UMNO dan Pas sahaja.

“Seluruh rakyat bukan Islam di Malaysia. Bersaksikan pemerintahan selama lebih enam puluh tahun, UMNO/BN dan PAS adalah pergerakan politik yang rasional, waras dan patuh kepada Perlembagaan,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad turut menegaskan bahawa orang Melayu bukanlah bangsa yang bengis dan menindas sebaliknya berpegang kepada ajaran Islam yang bukan sahaja memberikan hati nurani dan akal yang baik.

Ujar beliau, disebabkan itulah orang Melayu di negara ini boleh menerima jutaan orang Cina dan India serta menjadikan mereka warganegara, Persekutuan Tanah Melayu.

“Mengiktiraf, memberikan hak yang samarata dan menjadikan mereka sebahagian dari tanah air ini.

“Semoga Guan Eng tidak lupa, bahawa itu semua adalah keputusan berani dan benar oleh pemimpin Melayu dalam UMNO pada waktu itu,” katanya.

Tambah Mohamad, UMNO dan PAS merupakan pergerakan politik yang mempunyai hala tuju serta agama.

“Agama Islam kami itu bukan sekadar solat dan puasa sahaja. Islam adalah warna, nadi dan cara kehidupan kami.

“Tidak mungkin kami akan menzalimi bangsa bukan Islam dan bukan Melayu sedangkan ia ditegah oleh agama kami,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Remaja Maut Terkena Kejutan Elektrik Akibat Kabel Pengecas Bimbit Koyak

Tertuduh Minta Maaf Pada Keluarga Zulfarhan