• Keluarga
  • Portal
  • bantuan kerajaan
  • jawatan kosong
  • Gosip Artis Malaysia
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Perkahwinan Bajet, Pelamin Simple & Baju Pengantin Simple – Tips Pengantin Jimat

Razman Reza by Razman Reza
October 29, 2019
in Kewangan
0
perkahwinan bajet baju pengantin simple pelamin simple

Perkahwinan adalah majlis bersejarah yang dilakukan hanya sekali seumur hidup. Tetapi anda sebenarnya boleh mengelakkan kos perbelanjaan yang besar yang sebenarnya tidak perlu.

Perkara ini tidak mustahil dilakukan jika anda merancang dengan bijak dan berjimat. Perlu diingati, majlis perkahwinan perlu dibuat berdasarkan kemampuan individu itu sendiri.

Jangan sesekali terikut-ikut dengan trend dan memenuhi permintaan orang hingga mendorong anda berbelanja besar tanpa menghiraukan jumlah wang yang akan dikeluarkan.

Pastikan anda membuat bajet dalam perkahwinan dan jangan sesekali berhutang. Lelaki bernama Amir Syahir ini berkongsi panduan untuk anda yang bakal melangsung perkahwinan dengan cara sederhana tanpa berhutang!

PANDUAN PERKAHWINAN BAJET SECARA SEDERHANA

Cuti sekolah dah nak dekat. Mesti ramai yang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan.

Alhamdulillah tahniah diucapkan buat mereka yang bakal berkahwin.

Tapi, sebelum buat majlis kahwin, anda perlu buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan lancar & baik.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  1. Jangan buat pinjaman peribadi. Buatlah majlis ikut bajet sendiri.Pelamin simple dan baju pengantin simple adalah salah satu langkah mengurangkan kos bajet.
  2. Biar meja dan kerusi tanpa hiasan yang sebenarnya tidak perlu. Disini anda sudah jimat beratus ringgit.
  3. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
  4. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
  5. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
  6. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
  7. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak-saudara bahagia.
  8. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu
    membazir bagai.
  9. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
  10. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
  11. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.

Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu.

Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.

Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua.

Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.

Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi.

Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!

Pokoknya, kalau berkemampuan go on sahaja. Tapi kalau acah-acah mampu, insaflah.

Nasihat ini berdasarkan pengalaman admin yang dah berkahwin, maka tepuk dada tanya selera!

Tags: Berita Terkini
Previous Post

Jangan Abaikan 4 Petua Ini Kalau Nak Rumah Sentiasa Bersih!

Next Post

Tips Jimat Belanja Dapur

Razman Reza

Razman Reza

Razman Reza mempunyai disiplin tinggi dalam penulisan. Setiap berita dan artikel ditulis dengan penuh teliti dan fakta. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Razman Reza di [email protected].

Next Post
tips jimat belanja dapur

Tips Jimat Belanja Dapur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
  • JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR & PENOLONG GURU TABIKA KPN. GAJI RM1,500-RM1,700
  • Tatacara Tebus RM100 eMadani Bermula Isnin ini
  • Jawatan Kosong Kerani Seluruh Malaysia
  • Tambahan RM200 Buat Golongan Bujang – Semua Golongan
No Result
View All Result

Artikel Paling Hot

  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×