Permohonan Khas E-Pengeluaran KWSP Tahun 2023 Kini Boleh Dilakukan Secara Online. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
e-Pengeluaran KWSP
Tahukah anda terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan asalkan mengikut syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
Malah, anda dibenarkan membuat pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan untuk tujuan membina atau mengubah suai rumah, untuk tujuan peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Ia juga untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.
Jenis-Jenis Pengeluaran
Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan seperti berikut:
- Pengeluaran untuk membeli rumah
- Pengeluaran untuk membina rumah
- Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
- Rawatan perubatan
- Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
- Pengeluran untuk pendidikan
Syarat Kelayakan e-Pengeluaran KWSP
Syarat membuat permohonan yang telah ditetapkan e-Pengeluran adalah seperti berikut:
- Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
- Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP
Cara Daftar Pengeluaran
Bagi pengetahuan umum, sepajang tahun ini ahli boleh kemukakan pengeluaran secara online. Panduan cara daftar dan mohon telah disediakan, sila ke laman rasmi e-pengeluaran KWSP – DI SINI