in

Perokok Perlu Patuhi Undang-Undang

SHAH ALAM – Pertubuhan Wanita Malaysia Untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) mendesak semua perokok agar mematuhi undang-undang larangan merokok yang akan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan.


Dr Zarihah Mohd Zain selaku Pengarah MyWATCH berkata, perokok harus mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan sebaik mungkin demi keharmonian masyarakat.

“Selagi mereka menetap di negara ini maka ikutlah undang-undang, jika enggan maka hadapilah risiko dengan membayar denda.

“Perokok harus sedar perbuatan ini hanya merugikan diri sendiri terutama dari segi kewangan malahan tahap kesihatan mereka akan turut terjejas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Hari ini media melaporkan Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar larangan merokok di semua premis makanan bermula 1 Januari tahun depan.

Untuk kesalahan merokok di kawasan larangan, kompaun akan dikenakan sebanyak RM250 dan jika mereka gagal berbuat demikian maka perokok terbabit akan didakwa di mahkamah serta boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara.

Dalam pada itu, Dr Zarihah berkata, pihaknya menyokong tindakan kerajaan yang mengenakan denda RM10,000 kepada mereka yang menghisap rokok di premis makanan.

“Bagi saya denda ini harus dilaksanakan untuk dijadikan pengajaran kepada individu yang terlibat dan membela hak orang ramai untuk hidup sihat dengan menghirup udara yang segar.

“Asap rokok basi yang terpaksa dihidu oleh orang ramai adalah sangat berbahaya kerana mengandungi pelbagai racun yang telah dibuktikan secara saintifik sebagai penyebab kanser dan sakit jantung,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan itu tidak akan menjejaskan keuntungan pemilik premis makanan sebaliknya mereka akan tetap meraih keuntungan.

“Orang ramai boleh menikmati makanan dengan lebih selesa dan mereka tidak perlu teragak-agak membawa anak-anak kecil bersama untuk menikmati juadah bersama keluarga,” katanya.

Beliau menyeru kepada perokok supaya menghentikan tabiat merokok yang boleh membawa mudarat di samping menjejaskan kesihatan orang yang tersayang.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Enam Anjing Mati Akibat Diracun

Wanita Rempuh Pemandu Lori Sampah Masuk Hospital