Cara Mohon Perubatan Madani . Manfaat Skim Perubatan MADANI Kepada Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)
- Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah
- Fasa rintis Skim Perubatan MADANI telah dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), Kota Setar dan Kuala Muda (Kedah) serta Kuala Terengganu dan Kuala Nerus (Terengganu). Berikut adalah lokasi klinik swasta yang menawarkan program Skim Perubatan MADANI:
Mohon Juga :
- Bantuan Mykad RM100 Telah Dikreditkan – Cara Semak Klik Sini
- Borang Permohonan Lesen Percuma
- Kategori Penerima Bantuan RM 900 & RM 1200
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021
Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
- Fasa rintis Skim Perubatan MADANI seterusnya akan dilaksanakan bermula pada minggu ke-4 bulan Ogos 2023, di mana 7 daerah telah dipilih iaitu Kota Bharu dan Pasir Mas (Kelantan), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis.
- Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut
- Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
- Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
- Rawatan yang tidak termasuk adalah:
- Imunisasi rutin
- Saringan kesihatan
- Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
- Rawatan susulan ibu dan anak rutin
- Perancangan keluarga rutin
- Perkhidmatan rehabilitasi
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen
- Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik untuk kemudahan golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023, mengikut kategori berikut:
Penglibatan Klinik Perubatan Swasta (General Practitioner – GP) dalam perkhidmatan Skim Perubatan MADANI
- Mana-mana klinik swasta yang terletak di lokasi yang tersenarai dalam senarai lokasi fasa rintis dan berminat untuk berdaftar sebagai klinik panel di bawah program Skim Perubatan MADANI, boleh mengemukakan pendaftaran secara dalam talian
- Sila rujuk jadual bagi sesi “Taklimat & Onboarding” dan sesi Soal & Jawab (Q&A) Open Door bersama pihak ProtectHealth untuk maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI
Mohon Juga :
- Bantuan Mykad RM100 Telah Dikreditkan – Cara Semak Klik Sini
- Borang Permohonan Lesen Percuma
- Kategori Penerima Bantuan RM 900 & RM 1200
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021