Petua hilang batuk, ok?
Cuaca yang panas dan kering di Malaysia ini membuatkan kita tak lari dari pening kepala, sakit tekak dan terutama sekali, batuk. Bila batuk, bukan sahaja dada kite akan sakit, tetapi juga akan menyebabkan rasa tidak selesa dan rasa perit di tekak.
Yang paling stress, apabila hendak tidur di malam hari. Malam yang sepatutnya masa untuk kita berehat, tetapi bila batuk, terus susah nak tidur! Alahai…
Dah macam macam jenis ubat kita guna, tapi batuk masih berpanjangan. Seksanya lahai rasa! Apa kata anda cuba petua orang-orang lama yang motif.my mahu kongsikan! Manalah tahu mujarab dan berkesan untuk bantu mengurangkan batuk anda tu. Kalau anda rasa ianya bermanfaat boleh la share sekali!
BERENDAM DALAM AIR HANGAT
Mandi dengan air panas ni memang sangat menenangkan. Haa..bagi anda yang sudah seharian di pejabat dan setiap hari stress dengan kerja yang sangat banyak tu, apa kata cuba berendam dalam air yang hangat. Memang boleh relaks dan rasa tenang je. Boleh nak tertidur dibuatnya!
Samalah macam batuk. Mandi dengan air hangat juga digalakkan bagi mereka yang batuk berpanjangan, kerana wap panas dapat membantu untuk melonggarkan sinus dan melancarkan sistem pernafasan serta tekak kite.
TIDUR PAKAI BANTAL TINGGI
Sesetengah orang bila dia nak tidur, kena pakai bantal yang lembut dan rendah, ada orang pula kena pakai bantal keras dan tinggi baru boleh senang lena. Tapi, jangan tak tahu, tidur menggunakan bantal yang tinggi juga dapat membantu untuk mengurangkan batuk tau!
Bila kahak di tekak berkumpul, ia akan membuatkan kita rasa tidak selesa dan kerap untuk batuk. Jadi, dengan posisi kepala yang lebih tinggi dari bantal, akan membantu lendir di tekak dan hidung berpindah dari saluran pernafasan tersebut.
BUAH BADAM DAN MENTEGA
Jika anda nak tahu, buah badam terkenal sebagai penawar batuk kerana khasiatnya dan kelembapannya yang dapat membantu meredakan rasa sakit tekak.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, ambil 5-8 biji buah badam, rendamkannya di dalam air dan campurkan dengan sedikit mentega sehingga ianya menjadi paste. Kemudian, makan dan amalkan sehari sebanyak tiga kali.
LIMAU NIPIS DAN KICAP
Petua yang ni memang agak popular dalam meredakan batuk. Dengar macam pelik kan kombinasi antara limau nipis dan kicap? Tapi..ianya memang ternyata sedap!
Caranya mudah, perahkan sebiji limau nipis ke atas sesudu kicap, campurkan dan minum. Anda juga boleh ulangi cara ini dengan kerap dan rasanya sangat sedap! Tambahan kosnya adalah mudah dan ianya selalu berkesan!
MAKAN MADU
Batuk yang paling perit dan sakit adalah batuk kering atau dry cough. Batuk kering boleh jadi sangat teruk pada waktu malam dan di waktu pagi. Bukan sahaja tekak tidak rasa selesa, dada dan perut pun turut sama sakit. Confirm susah nak tidur malam!
Cuba amalkan pengambilan madu. Madu dikatakan sangat efektif dalam melegakan batuk dan sakit tekak kerana ianya dapat membantu untuk melembapkan tekak yang kering dan gatal dengan fungsi hidrasinya.
Caranya, ambil segelas air suam dan campurkan dengan sesudu madu, lalu minum. Anda boleh ulangi cara ini sebanyak 2 atau 3 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan tekak anda. Kalau nak lagi sedap, anda juga boleh cuba mencampurkan madu dengan segelas teh lemon. Yums!
NAK LAGI MUDAH, CUBA NIN JIOM PEI PA KOA NI. RASA MADU DAN HERBA, DAPAT LEGAKAN TEKAK DAN BATUK!
Nin Jiom Pei Pa Koa dirumus khas dari madu, bahan-bahan semulajadi dan 14 jenis herba tradisional Cina dalam melancarkan sistem pernafasan, sekaligus membantu untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Rasanya pun sedap sangat. Yang penting, ianya tanpa bahan pengawet!
Selain itu, ia juga dapat melegakan ketidakselesaan di tekak anda ketika batuk, serta membantu mengurangkan kahak serta rasa perit di tekak dan dada.
Bukan sahaja untuk orang dewasa, kanak-kanak pun boleh makan Nin Jiom Pei Pa Koa ni. Rasanya yang sangat sedap, mesti buat anak anda tak ada masalah untuk nak makan ubat ini.