Petua kulit flawess, ok? Bila jerawat mula naik di muka, mesti gelisah kan? Rasa nak picit dan hilangkan sekelip mata je kan? Ada masa kita rasa cemburu apabila lihat kulit kawan lebih licin dan flawless.
Jadi, motif.my nak share tentang satu perkongsian dari seorang wanita ni. Dia bukan sahaja kongsi pasal info serum malah dia share jugak serum-serum yang terbaik yang boleh korang try! Bukan tu je, setiap serum yang dia share tu siap lengkap dengan dengan penerangan dia sekali. Hopefully artikel ini dapat membantu bagi anda yang impikan kulit flawless tu.
Apa itu Serum?
Okay, first sekali Ena nak explain apa itu Serum. Kenapa, bagaimana, mengapa kena pakai serum ni korang kena tahu ok.
Serum adalah salah satu skin care yang hendaklah dipakai selepas korang cuci muka, pakai toner dan sebelum pakai moisturiser. Serum mempunyai bahan-bahan yang terbaik untuk menyerap terus hingga ke dalam kulit sebab molekul-molekul serum yang sangat kecil.
So dia treat kulit dari dalam. tak kisah apa pun masalah kulit kita. Serum memang hebat dalam atasi masalah kulit. Tapi kalau korang tak cuci muka sampai bersih, buat double cleanse pun tak guna jugak. Sebab kotoran/dead skin yang ada boleh menyukarkan lagi untuk serum serap dengan lebih baik.
Serum mestilah dipakai selepas toner, sebab toner dapat membantu lagi serum serap dengan lebih cepat dan efisien.
Serum ada cara nak apply ok? Sambil apply sambil tu kita urut kulit. Nak apply any skin care mesti berlawanan arah bulu roma kita. Haaa nampak tak korang punya bulu roma jatuh kot bawah atau jatuh ke atas? Mestilah bawah kan?
So cara terbaik untuk serum kita serap dengan cepat ialah urut dari bawah ke atas. Dari bawah pipi sehingga ke tepi dahi. Dari bawah hidung hingga ke tengah dahi kita. Barulah serum tu dapat cepat serap, dalam masa yang sama boleh massage kulit dan buat kulit kita lebih anjal.
So sini Ena nak share any serum yang Ena rasa terbaik untuk dicuba. Tak semua jenama ada, kalau korang penah cuba brand yang tiada dalam ni korang boleh je nak share kat ruangan komen and macam biasa, TAK SEMUA SKIN CARE SESUAI DENGAN KULIT KITA. Mungkin ada sesetengah orang sensitif dengan bahan-bahan yang tertentu. Don’t blame the products, and don’t blame your skin also.
HARGA YANG KAMI LETAK ADALAH HARGA ASAL.
So i will start with serum yang sesuai untuk acne skin first then seterusnya yg lain.
EUCERIN DERMO PURIFYER CONCENTRATE SERUM
The main ingredients:
- L-Carnitine – boleh membantu control minyak yang berlebihan keluar dan mengurangkan pembentukan jerawat yang takde mata. Benda ni banyak orang yang kena, timbul tetapi takde mata, so nak picit sangatlah susah. . L-carnitine ni juga boleh membantu untuk mengelakkan pembesaran liang pori (pores)
- Decandiol – mematikan bakteria yang tumbuh akibat kekotoran yang melekat pada muka. Ianya juga dapat mengurangkan parut/hyperpigmentation (parut jerawat yang berwarna hitam dan yang susah nak hilang)
- Licochalcone extract – mengurangkan rasa keradangan kulit (merah2 or rasa gatal disebabkan sensitive)
- Lactid Acid – melembutkan whitehead or blackhead yang keras supaya tidak tersumbat dan dapat mengetatkan semula liang pori.
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat yang besar (kecil pun boleh tapi kuantiti yg banyak) dan kulit berminyak. Sesuai untuk sesiapa yang sensitive skin. Dermatologically tested (telah diuji oleh pakar kulit).
Harga : RM75.00 (packaging baru mungkin mahal sedikit berbanding dengan harga sekarang)
NARUKO TEA TREE SHINE CONTROL & BLEMISH CLEAR SERUM
Product naruko ni asal dari Taiwan. Memang ada jual kat watsons je.
So here are the main functions:
- membantu mengawal minyak yang dikeluarkan dan boleh lawan bacteria yang muncul
- mengatasi pembentukan jerawat/menghapuskan jerawat
- dapat memudarkan parut jerawat dan juga mengurangkan kekusaman pada wajah
- mengandungi 1% salicylic acid iaitu bahan untuk mengurangkan pembentukan jerawat
- mengurangkan kilauan pada muka akibat minyak yangg berlebihan dan juga mengetatkan pori.
- mengurangkan kemerah-merahan pada muka
Tea tree sangatlah bagus untuk mengurangkan jerawat pada muka kita.
Sesuai untuk muka yang berminyak dan berjerawat serta kusam. Suitable for all skin types.
Harga : RM 55.00
HADA LABO AIRBUTIN WHITENING ESSENCE
- Airbutin membantu untuk melawan pembentukan parut hitam
- Vitamin C untuk mencerahkan dan menyerikan wajah
- Carnosine membantu untuk mengurangkan kekusaman pada muka
- Bilberry leaf extract dapat mengurangkan kemerah-merahan pada wajah
- mempunyai 2 jenis hyaluronic acid (ingredient untuk hydration) untuk kesan lembab pada wajah yang kekal berpanjangan.
- tidak mengeringkan muka
- memudarkan parut-parut/ kekusaman yang ada pada wajah untuk kelihatan cerah dan berseri-seri.
Sesuai untuk mereka yang fokus untuk mendapatkan kulit cerah sekata. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga : RM 80.00
BIO-ESSENCE TANAKA BIO WHITE ADVANCE WHITENING SERUM
Mempunyai:
- Tanaka Tree Bark extract sebagai ejen pemutihan dan juga melindungi kulit daripada sinaran matahari.
- Camelia extract yang dikenali sebagai penguat daya tahan kulit dan dan mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.
- Airbutin macam biasa untuk dapatkan kulit putih berseri
- White Plus Complex dapat membantu untuk mengelakkan daripada pembentukan bintik-bintik hitam (pigmentation)
Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kusam dan mempunyai bintik-bintik hitam. Suitable for all skin types.
Harga : RM 99.90
AVENE HYDRANCE OPTIMALE HYDRATING SERUM
Jenama yang berasal dari France.
Product ni memang terkenal bagi mereka yang mengalami kulit sensitif, allergic dan sebagainya.
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang kering dan sensitif.
Produk ni dapat melegakan kulit daripada rasa gatal dan merah-merah akibat terlalu kering.
Dan juga dapat membantu untuk adjust hydration level dan memulihkan kulit.
Lepas pakai kulit akan rasa kurang tegang dengan serta merta! Dan juga dapat mengurangkan sensitif dan allergic pada kulit anda.
Harga : RM 115.00
Sumber : Azreena Azmi