Petua Rawat Resdung

Petua Rawat Resdung, ok? Sape ada masalah resdung ni je faham perasaan susah nak bernafas tu kan? Rasa tak selesa bila time sejuk sangat, atau masa baru bangun dari tidur atau bila bila masa sajalah!

Jangan risau, kali ni motif.my akan share petua untuk merawat resdung guna kaedah tradisional.

Gejala Awal Resdung

Ramai orang yang tidak tahu tentang gejala awal resdung. Ada kalanya kita menganggap gejala yang dihadapi hanya sekadar hingus biasa dan sakit-sakit rutin secara alami  daripada tindak balas badan akibat aktiviti harian.

Ini menyebabkan kita tidak ambil pencegahan awal kerana tidak mengetahui gejala sebenar di peringkat awal resdung. Antara gejala awal resdung yang akan dialami oleh penghidap ialah:

  • Terdapat lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung
  • Sakit gigi
  • Sakit kepala
  • demam dengan suhu 38 darjah selsius
  • Nafas yang berbau
  • Mata terasa gatal
  • Kerap bersin
  • Berjerawat batu
  • Berasa kepala berat

Gejala awal resdung di atas boleh diubati secara tradisional. Namun sekiranya penghidap resdung mengalami tahap yang lebih kronik adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan  doktor pakar. Di hospital, doktor akan menggunakan peralatan canggih seperti CT scan untuk mencari punca utama resdung itu.

Merawat Menggunakan Kaedah Tradisional

Terdapat pelbagai kaedah tradisional yang berkesan yang boleh kita buat. Namun sebagai nasihat, pesakit resdung yang sudah parah dinasihatkan agar mengelak dari menggunakan kaedah rawatan tradisional ini kerana ianya tidak lagi mampu dirawat. Apatah lagi apabila banyak kaedah palsu yang dicipta di pasaran untuk mendapatkan keuntungan tetapi tidak mampu merawat resdung tersebut.

Beberapa petua merawat resdung dengan kaedah tradisional yang boleh digunakan bagi penghidap gejala awal adalah seperti berikut:

Tumbuhan Kunyit dan Halia

  • Kunyit sangat terkenal dengan sifatnya yang anti inflamasi dan anti oksidan. Air rebusan minuman ini boleh membantu untuk mencairkan mukus pada hidung.
  • Ia lebih berkesan apabila dicampurkan dengan air Teh Halia yang panas. Amalkan minuman ini, ia dapat membanteras mukus dan mampu merawat resdung yang sedang dihadapi.

Minuman Lida Buaya

  • Antara sifat tumbuhan lida buaya adalah antiseptik. Ia mampu memperlambat atau menghentikan pertumbuhan bakteria atau virus yang menjangkit dalam resdung kita.
  • Lendir lida buaya boleh dititiskan pada sekitar hidung atau rebus lida buaya untuk diminum. Lakukan secara berkala sehingga gejala resdung itu berhenti.

Wap Air Panas

  • Kaedah ini sangatlah popular dalam kalangan masyarakat kita. Mulanya, masak air sehingga panas, dan kemudian campurkan dengan garam. Air yang sudah mendidih telah dicampur dengan garam itu tadi dituang ke dalam bekas.
  • Letak kepala anda kira-kira 25 cm ke atas arah wap air menaik dan kemudiannya hirup wap air itu selama 15 minit. Lakukan berulang sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Ianya dapat membantu meredakan gejala resdung yang dihadapi.

Minum Air

  • Kaedah ini sangat mudah namun memerlukan disiplin yang konsisten. Anda hanya perlu minum air dengan kuantiti yang banyak kerana air berfungsi menghidrasikan badan anda. Ia membantu mengencirkan lendir yang terdapat pada hidung kita. Digalakkan minum air mineral spritzer yang dijual di kedai kerana ianya mengandungi mineral yang tinggi. Di samping mengamalkan kaedah ini, adalah dinasihatkan agar menjaga kesihatan dengan mengelak daripada hisap rokok, meminum minuman keras, makan makanan berminyak dan sebagainya.

Tuala dan Air Panas

  • Kaedah ini hampir sama dengan kaedah air panas di atas namun ini memerlukan tuala kerana air panas yang baru sahaja mendidih perlu digunakan untuk membasahkan tuala. Tuala yang basah dengan air panas tadi perlu diperah, kemudian letakkan tuala itu di permukaan wajah kita sehingga tutup keseluruhanya. Kaedah ini membantu mengeluarkan lendir-lendir resdung tersebut.

Terdapat banyak lagi petua merawat resdung yang boleh kita amalkan. Namun kaedah yang dikongsikan perlulah diamalkan dengan penuh disiplin agar ianya dapat membantu merawat sakit resdung yang dihadapi.

 

 

Sending
User Review
0 (0 votes)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.