Petua rawat sopak garam atau gegata ok? Pernah tak anda terkena sopak garam atau dengan kata lain Ludahan Jin atau gegata?
Jangan lupa sebarkan PETUA untuk penyakit kulit ini agar bermanfaat!!!
Saya pernah kena Sopak ni , time bujang2 dulu dan selalu kena bila cuaca sejuk atau pada waktu malam.
Saya dapat petua ni dari “petua orang-orang tua” dan mencubanya.
Alhamdulillah dengan izinNya saya sembuh dan tidak mengalaminya lagi. Disini saya akan sharekan petua untuk merawatnya :
Sopak Garam
Sejenis penyakit kulit yang sering menyerang kanak – kanak dan orang dewasa.
Dalam waktu yang singkat akan timbul tompok-tompok kemerahan diatas kulit dan rasa gatalnya sangat keterlaluan yang mana semakin digaru semakin besar tompokan tersebut.
Sebenarnya sopak garam adalah penyakit dari gangguan jin. Orang-orang lama menyebutnya, kena “ludahan jin”.
Dikatakan jin sopak garam ini bentuknya seperti asap yang bergerak , ia tidak berwarna dan seakan-akan kristal lembut atau gel kristal yang bergerak terbang perlahan-lahan dan apabila ia merapati kulit kita terasa amat gatal hingga menyucuk-nyucuk .
Cara Merawat Sopak Garam :
1. Sediakan sebaldi air yang bercampur sintok dan 7 biji limau nipis serta sebaldi air garam( air + segenggam garam kasar).
2. Mulakan dengan membaca Ruqyah ringkas iaitu surah Al Fatihah , ayat Kursi dan 3 Qul.
3 .Mulakan dengan mandian air garam dan jirus bermula dari kaki hingga ke bahagian kepala lalu biarkan badan kering untuk seketika , selepas itu , bilas badan dengan air biasa hingga badan terasa bersih.
4. Kemudian mandi dengan air campuran sintok dan limau lalu jirus bermula dari atas kepala hingga ke kaki dan biarkan badan sehingga kering tanpa dilap.
5. Kemudian bahagian yang terkena sopak disapu dengan bedak sejuk bercampur sedikit garam.
6. Lakukan sehari sekali pada waktu pagi sehingga pulih . Semoga bermanfaat.
Motif.my berharap agar anda dapat manfaat daripada petua yang di kongsikan ini. Kami berharap anda dapat share dan sebarkan artikel ini jika anda rasa ianya bermanfaat.