Jangan Abaikan 4 Petua Ini Kalau Nak Rumah Sentiasa Bersih!

Suri rumah sepenuh masa akan bekerja lebih kurang 5 jam sehari. Sekaligus menjadikan suri rumah kesempitan masa hingga tidak punya waktu untuk fokus kepada kebersihan rumah.

Sehingga kadang-kala terpaksa mengetepikan soal mencantikkan rumah setiap hari demi menyelesaikan perkara-perkara lebih utama.

Sejujurnya, waktu hujung minggu merupakan waktu terbaik bagi membersihkan, mencantikkan dan mewangikan rumah daripada sebarang habuk dan kotoran.

Waktu hujung minggu sahaja waktu terbaik yang kita ada untuk memberi lebih ruang dalam mencantikkan rumah. Selebihnya banyak masa suri rumah dihabiskan untuk menjaga anak dan suami.

Tapi tapi tapi! Kami di Motif.My ada petua mudah untuk anda praktikkan bagi memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi.

Jom ikuti 4 langkah hebat ini.

1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Pening nak lap perabot dan rumah berkali-kali. Habis setiap hujung minggu berhabuk semula. Cuba guna petua ini.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • 10 cawan air

Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Petua ini akan membuatkan perabot tidak mudah lekat habuk dan rumah juga akan berbau lebih harum.

2.Kilatkan Lantai Rumah

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Lantai rumah yang melekit memang akan buat kita rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pencuci lantai
  • Cuka
  • Air panas

Mula-mula bersihkan lantai dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Bancuh bahan-bahan di atas dan mulakan mengemop lantai. Tengok macam mana lantai dalam gambar, lebih licin dan berkilat seperti baru tukar kan? Wajib cuba!

3.Wangikan Rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.

Apabila dua bahan ini dicampur, ia akan memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.

Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan kuantiti yang banyak. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4.Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan air

Campurkan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar, harum dan ceria!

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×