Pisahkan Tempat Tidur Dengan Anak Seawal Umur 3 Tahun.

Setelah berumah tangga ibu bapa akan mengharungi dunia bersama anak – anak pula dan apabila sudah mempunyai anak akan ada pelbagi cara didikan anak yang perlu diditikbertakan agar anak membesar dengan lebih baik. Salah satunya adalah dengan cara mengasingkan tempat tidur anak dengan ibu bapa.

Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak adalah sangat penting dan haruslah menjadi ikutan dalam proses mendidik anak- anak. Berapa banyak kes-kes yang tidak kita jangka berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah dan anak-anak yang tidak diasingkan.

Menurut Penulis Ilmu Keibubapaan, Puan Wan Nur Syakira, anak melihat apa yang berlaku antara kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa sangka mereka tidur. Lalu anak ada rasa ingin tahu dan mencuba. Akhirnya terjebak.

Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan. Kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi. Ambil masa.

 

Ia sangat berkait dengan persediaan emosi (boleh berdikari), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu, ruang privasi) dan fizikal anak (dah lulus toilet training).

Jaga dan didik anak-anak kita dari sekarang. Pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Jangan pandang enteng perkara ini. Jom cakna ye mak ayah!

Berikut infografik yang boleh bantu ibu ayah asingkan tempat tidur anak untuk kebaikan bersama.

Umur 0-2 Tahun

Umur 3 – 4 Tahun

Umur 5-6 Tahun

Umur 7 Tahun

Sebaiknya ada 3 bilik

Sediakan bilik yang selesa

Latih tidur waktu siang dulu

Sistem reward

Biasakan dari awal

Wujudkan suasana selesa

Baca doa dan ayat pelindung sebelum tidur

Niatkan yang baik untuk anak

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.