Tentang PISMP
Program PISMP (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN) telah dibuat bagi melatih guru dalam pelbagai bidang dan menaiktaraf mereka kepada kelulusan ijazah.
Program PISMP yang ditawarkan adalah dalam bentuk pengajian yang bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan baharu dan meyediakan pengalaman baharu bagi membolehkan guru-guru mendapat pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan.
Program PISMP ini ditawarkan di seluruh kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di dalam Malaysia.
Matlamat Program PISMP
Matlamat Program PISMP ini dibuat bagi melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten bagi menjalankan tugas-tugas mereka sebagai guru.
Syarat Sertai Program PISMP
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun pada tahun 2020.
- Kesihatan optimum dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mendapat gred CEMERLANG 5 matapelajaran di peringkat SPM & KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Mesti lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat bidang PISMP.
Calon yang memohon hendaklah LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dijalankan selama dua belas (12) bulan/ dua (2) semester dan akan diberikan Sijil Tamat Program PPISMP.
Calon akan DITAWAR untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun/ lapan (8) semester di IPG.Program PPISMP dan PISMP sepenuh masa.
BIDANG / SUBJEK DITAWARKAN
Menjadi guru di Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/ Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Anda boleh pilih mana-mana subjek yang ada di semua sekolah di atas.
CARA MOHON PISMP
- Anda boleh mohon secara online dengan melayari Portal Kementerian Pendidikan Malaysia di https://pismp.moe.gov.my/ selepas mendapat keputusan SPM.
- Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan oleh KPM.
- Calon yang terpilih mestilah menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)sebelum layak dipanggil temuduga.
- Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
- Permohonan perlu dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
PROSEDUR KEMASUKAN PISMP
GAMBAR
Penuntut program PISMP akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama 8 semester dengan jumlah kredit 133 kredit dan memenuhi semua syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh IPG dan KPM.