in

PLUS Tutup Semua Lorong Tambah Nilai Mulai Selasa Ini

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan kenyataan bahawa perkhidmatan tambah nilai ‘Touch ‘n Go’ di semua lorong keluar di plaza tol Wilayah Utara dan Selatan akan ditamatkan mulai 5 November ini.

Melalui kenyataan oleh pihak PLUS , langkah ini dibuat adalah bagi mengurangkan kesesakan di tol ekoran aktiviti tambah nilai di semua plaza tol di Wilayah Utara dan Wilayah Selatan.

“Berdasarkan statistik, dianggarkan 8% daripada 253ribu trafik harian di Wilayah Utara dan 9% daripada 189ribu trafik harian di Wilayah Selatan menggunakan perkhidmatan tersebut.

“Ini menyebabkan kepada kelewatan yang tidak sepatutnya berlaku yang disebabkan oleh pengguna lain yang kekurangan baki dan mereka terpaksa behenti dan menambah nilai di lorong keluar.

“Secara puratanya, setiap kali proses tambah nilai akan mengambil masa tiga minit,”

Walaubagaimanapun, di lorong masuk plaza tol terpilih masih lagi disediakan pusat khidmat pelanggan dan lorong tambah nilai dan beroperasi seperti biasa.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan sentiasa memastikan kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.

“Terdapat lebih daripada 11,000 kemudahan tambah nilai di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), stesen minyak, kedai serbaneka, hentian rehat dan juga pusat beli belah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut PLUS juga bekerjasama dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd bagi memastikan kiosk ‘Touch ‘n Go’ beroperasi dalam keadaan baik setiap masa. – Bernama

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Seludup Lima Guni Ketum Guna Motosikal

Kucing “merajuk” Enggan Pulang Ke Rumah