in

Polis Rakam Keterangan 12 Individu

PONTIAN – Polis telah memanggil seramai 12 individu bagi dirakam keterangan mengenai kenyataan yang berbaur hasutan dimana didakwa diucapkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu talimat tertutup baru-baru ini.


Datuk Mohd Kamaruddin Md Din, Ketua Polis Johor berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 4 A (1) Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1954.

“Semua 12 orang individu itu didapati berada semasa sesi taklimat tertutup itu. Mereka dipanggil polis dan dirakam keterangan mereka untuk membantu siasatan kes ini.

“Setakat ini, kami telah merakamkan beberapa keterangan daripada individu yang berada semasa ucapan itu dan kita sedang kumpulkan segala keterangan yang ada untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian semalam.

Mohd Kamaruddin berkata, polis akan mempercepatkan proses siasatan memandang kes berkenaan penting kerana melibatkan seorang menteri.

“Jadi, kita akan usahakan secepat mungkin untuk siapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Peguam Negara,” katanya.

Baru-baru ini, Salahuddin yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam satu perjumpaan.

Menerusi klip video berkenaan, Salahuddin dilaporkan berkata: ‘Saya tahu ada yang marahkan PH (Pakatan Harapan) tapi ingat kalau bagi balik BN (Barisan Nasional) berkuasa, ini country akan huru-hara’.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

‘Saya Lagi Terkejut Najib Terkejut’

Teruja Dalam Senarai ABK 2019 : Sumareh