in

Prabakaran Disuruh Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – P Prabakaran, Ahli Parlimen Batu disarankan untuk meletak jawatan bagi memberikan laluan kepada Tian Chua bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu.


Wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Mohd Helmie Mohamad Arof, Parlimen Batu berkata, cadangan itu mendapat sokongan daripada 14 NGO yang berpandangan kerusi itu wajar dikosongkan.

Hal ini demikian kerana, Mahkamah Tinggi pada 6 November lalu memutuskan pelucutan hak pencalonan Tian Chua sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak sah.

“Khidmat Tian Chua amat diperlukan kerana rekod perkhidmatan cemerlang yang ditonjolkan selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Batu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Helmie berkata, Prabakaran yang juga calon Bebas menang pada PRU14 dengan hasil bantuan jentera pilihan raya Parti Keadilan Rakyat.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cuba Seludup ‘ice’ Bernilai RM50 Juta Ke Malaysia

Thailand Mahu Bawa Pulang Tiga Mata