PTPTN Blacklist – Cara Semak Blacklist

PTPTN Blacklist ke? Baik semak sekarang, kalau tak anda boleh disekat daripada ke luar negara. Burn tiket flights nanti gara-gara tak semak dulu dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Motif.my akan kongsikan cara mudah untuk semak blacklist PTPTN yang mana akan menyebabkan anda disekat untuk keluar negara.

Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan satu sistem atas talian bagi anda untuk menyemak status dokumen perjalanan (pasport) dan perjalanan ke keluar negara bagi memastikan anda tidak disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen diatas kesalahan kesalahan yang anda telah lakukan.

Pastikan anda tidak mengambil ringan mengenai hal ini kerana  kemungkinan anda akan dihalang dari meneruskam perjalanan ke luar negara atau ingin membuat dan memperbaharui pasport antarabangsa dan anda juga mungkin akan disenarai hitamkan oleh Agensi – Agensi Kerajaan.

Antara agensi kerajaan tersebut seperti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Jabatan Penjara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, Bank Negara, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, SPRM, perintah mahkamah ataupun diisytihar sebagai bankrap.

Jabatan Imigresen Malaysia telah mewujudkan satu laman web bagi Warganegara Malaysia membuat semakan status sama ada anda telah disenarai hitamkan dan semakan status kawalan imigresen bagi perjalanan ke luar negara.

Selain itu, pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional turut mewujudkan satu sistem semakan khas untuk para peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bagi menyemak status mereka sama ada telah disenarai hitam ataupun tidak.

 

SEMAKAN STATUS SENARAI HITAM PTPTN DAN IMIGRESEN SECARA ONLINE

Dibawah ini adalah langkah – langkah  untuk membuat semakan senarai hitam Imigresen dan PTPTN secara online :

Semakan atas talian sistem Blacklist Jabatan Imigresen Malaysia

  1. Klik laman web ini 👉🏽 http://sspi.imi.gov.my/sspi/
  2. Masukkan 12 digit no kad pengenalan
  3. Tekan butang semak
  4. Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara, status semakan akan memaparkan “Tiada Halangan”

Semakan secara atas talian Blacklist PTPTN

  1. Klik laman web ini 👉🏽 https://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm
  2. Masukkan no kad pengenalan, no. Telefon dan emel
  3. Tekan butang hantar

 

PUNCA DISENARAI HITAM

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan individu tersebut disenarai hitam dan dihalang ke luar negara. Antara punca – puncanya adalah seperti berikut :-

    • Tidak membayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    • Kegagalan menyelesaikan pinjaman PTPTN
    • Gagal membayar levi pekerja asing
    • Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
    • Individu yang diisytiharkan bankrap
    • Peniaga yang tidak membayar GST
    • Majikan yang gagal menyelesaikan tunggakan caruman bulanan KWSP pekerja
    • Perintah Mahkamah atas kesalahan sekuriti

 

AGENSI KERAJAAN YANG MENYENARAI HITAM

Berikut adalah senarai Jabatan Kerajaan dan agensi penguatkuasaan yang menyenaraikan nama untuk tindakan selanjutnya :

    • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    • Jabatan Pendaftaran Negara
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    • Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional
    • Mahkamah
    • Jabatan Penjara
    • Jabatan Insolvensi Malaysia
    • Jabatan Imigresen Malaysia
    • Bank Negara Malaysia
    • SPRM
    • Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
    • Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Itu sahaja perkongsian daripada Portal Rasmi Motif.my kepada anda buat masa ini. Jangan lupa share dan sebarkan artikel ini untuk kebaikkan bersama ya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.