in

Punca Kematian Guru Wanita Di Sik

ALOR SETAR – Polis Kedah mendedahkan bahawa tiada unsur jenayah dalam kematian guru wanita yang ditemui dalam keadaan tertiarap atas katil di rumahnya di Kampung Banggol, Jeneri, Sik, petang semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, berdasarkan hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini mendedahkan bahawa punca kematian guru wanita itu disebabkan kegagalan arteri jantung.

“Tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa dan kes ini telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Semalam dilaporkan seorang guru sekolah rendah, Fauziah Yop, 46, ditemui mati dalam keadaan tertiarap di atas katil rumahnya kira-kira jam 1.30 petang.

Kejadian disedari anak bongsunya yang pulang dari sekolah sebelum mennemui mangsa dalam keadaan kaku didalam bilik.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Samseng Jalan Raya Hentak Bas Guna Objek Keras

Bahang Panas Di Bukit Jalil