in

Pusaka Raih RM7.2 Juta Selepas Sebelas Hari Tayangan

Filem bergenre seram, Pusaka telah berjaya meraih kutipan RM7.2 juta dalam masa 11 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Menurut Raja Jastina Raja Arshad selaku Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, pihaknya teruja dengan pencapaian filem penyiasatan seram itu.

“Kami amat gembira dengan sambutan yang diberikan penonton di pawagam.

“Pusaka adalah satu idea yang segar untuk filem seram tempatan dan ia ditulis penulis rasmi Astro Shaw. Kolaborasi antara Director Think Tank dan Razaisyam Rashid sangat berbaloi malah kami terbuka untuk bekerjasama dengan pengkarya filem serta pelakon baru,” katanya. Lebih membanggakan, Pusaka turut memintas kutipan hujung minggu filem Maleficent, The Terminator dan sebuah karya baharu antarabangsa, Doctor Sleep.

Bukan itu sahaja, Pusaka turut mendominasi tangga pertama filem pecah panggung Golden Screen Cinemas (GSC) selama lima hari berturut-turut.

Filem terbitan Astro Shaw itu dibintangi Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faizal Hussein, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Draman Muhammad, Aloy Paradox dan Yuna Rahim.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Teruja Dalam Senarai ABK 2019 : Sumareh

Sabhi Sadhi Terkena Sakit Misteri?