Rahsia Kristian Terb0ngkar Dengan Penemuan Kitab Injil Berusia 1500 Tahun

Rahsia Kristian terbongkar dengan penemuan Kitab Injil berusia 1500 tahun – Memang benar apa yang dikatakan Al-Quran didalam Surah An-Nisa. Pada 6hb. Mei 2014 (Selasa) Kerajaan Turki telah menggemparkan seluruh dunia terutama penganut-penganut Agama Kristian apabila telah mendedahkan sebuah Kitab Injil yang yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad S.A.W dikatakan berusia 1,500 tahun.

Peristiwa yang menggemparkan itu menarik perhatian pemimpin tertinggi Kristian Pope Benedict XVI sehinggakan beliau sendiri ingin melihatnya dan kini Kitab Injil tersebut dipamerkan di Muzium Etnografi Ankara, Turki. Didalam Kitab Injil itu mengesahkan bahawa Jesus (Nabi Isa as) tidak dipalangnya , sebaliknya ia diangkat ke syurga. Yang dipalang ialah Judas dan tahukah anda siapa Judas?.

Judas Iscariot (Yudas Iskariot)

Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas Iskariot) telah dianggap sebagai orang yang mempunyai niat tidak baik kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Ini disebabkan oleh tingkah lakunya yang telah melakukan cara salah kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya dipalang dan bukannya Nabi Isa.

Kisah Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa/ The Apostle ) kepada ketua-ketua imam Yahud.

Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun ( The Apostle) menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir (Last Supper). Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsemani, Baitumuqaddis.

Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan “Salam sejahtera wahai Rasullullah” dalam bahasa Ibrani).

Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu menahu tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman. Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.

Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa, imam-imam Yahud, dan anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas dipalang. Pada hari tersebut, Yudas telah menjadi tidak siuman lagi.

Sehinggalah dia telah dipalang dia berkata “Eli-Eli Lammasabacthtani” maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku”. Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang menipu RasulNya.

Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa’:157-160 . Adapun yang mereka dipalang adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as. Disebabkan puak Yahud ini Allah S.W.T. menidakkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah. (sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang niat tidak baik yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran).

Surah An-Nisa : ayat 157-160

“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah ‘mengambil’ Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak mengambil dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka palang itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan. Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak memalang dengan yakin – An-Nisa 157

Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana – An-Nisa 158

Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum perginya dan pada hari pengakhiran kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka – An-Nisa 159

Maka disebabkan yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahud, Kami tidak izinkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah – An-Nisa 160.

Sumber: bkpplorongduabelas

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.