in

Rakyat Malaysia Diminta Tangguh Perjalanan ke Bolivia

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang merancang untuk melancong ke Bolivia dinasihatkan supaya menangguhkan dahulu kerana keadaan keselamatan dan ketegangan politik di negara Amerika Selatan itu.

Syed Ahmad Naufal Syed Isa selaku Pegawai Konsular kedutaan Malaysia di Peru berkata, tiada rakyat Malaysia yang menetap di Bolivia berdasarkan rekod kedutaan pada masa ini.

“Kami menasihatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya menangguhkan niat mereka untuk ke Bolivia buat masa ini, sehingga keadaan di Bolivia kembali tenang,” katanya melalui e-mel kepada Bernama.

Bolivia terjerumus dalam kancah kekacauan apabila penunjuk perasaan mula membantah keputusan pilihan raya presiden pada Oktober lalu dimana menyaksikan Evo Morales mengumumkan kemenangannya untuk penggal keempat.

Morales kemudian dipaksa untuk meletak jawatan pada Ahad selepas menerima tekanan daripada pihak tentera dan polis.

Pada hari Selasa pula, beliau tiba di Mexico selepas diberikan suara politik. Naib Speaker Kedua Senat, Jeanine Anez, mengumumkan dirinya sebagai presiden sementara.

Disebabkan pergolakan itu, nasihat perjalanan telah dikeluarkan oleh kedutaan United Kingdom dan Amerika Syarikat di Bolivia.

Syed Ahmad Naufal berkata, kedutaan telah dimaklumkan oleh Konsul Kehormat Thailand di Bolivia, bahawa semua aktiviti di negara ini telah lumpuh serta kebanyakan jalan-jalan ditutup selain beberapa penerbangan dibatalkan.

Katanya, seorang rakyat Malaysia dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Bolivia dan telah dikenal pasti serta menghubungi kedutaan Malaysia melalui e-mel.

“Dia dinasihatkan terus kekal di sana dan kini tinggal di sebuah hotel di Bolivia. Dia diminta menghubungi kedutaan jika berlaku sebarang kecemasan,” katanya.

Malaysia tidak mempunyai kedutaan di Bolivia. Justeru, Kedutaan Malaysia di Peru ditauliahkan serentak ke Bolivia. -Bernama

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengalaman Dikhianati Dalam Lagu Benci – Aiman Tino

Agong Perkenan Jadi Penaung Diraja SAM