Berita baik buat semua rakyat Malaysia kerana bagi tujuan meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19, pihak kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang kan mula diagihkan bermula pada bulan Ogos ini.
JUMLAH BANTUAN YANG DITERIMA
Untuk setakat ini, belum ada lagi tarikh tertentu yang diumumkan tentang bilakah tarikh pemberian BKC, namun pengkreditan dijangka pada minggu terakhir bulan Ogos 2021. Sama-sama kita nantikan info dari semasa ke semasa. Pihak kami akan sentiasa melakukan kemaskini terkini jika terdapat info terkini.
Penerima Miskin Tegar
- Isi Rumah: RM1,300
- Warga Emas Sebatang Kara: RM500
- Bujang: RM500
Penerima B40
- Isi Rumah: RM800
- Warga Emas Sebatang Kara: RM200
- Bujang: RM200
Penerima M40
- Isi Rumah: RM250
- Warga Emas Sebatang Kara: RM100
- Bujang: RM100
TARIKH PEMBAYRAN BKC FASA 1
Untuk makluman semua, Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob baru sahaja mengumumkan tarikh pembayaran bagi BKC Fasa 1 akan mula disalurkan bermula pada:
- Golongan B40: 06 September 2021
- Golongan M40: 09 September 2021
Untuk makluman, permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana kelayakan penerima akan ditentukan berdasarkan data sedia ada.
Miskin Tegar & B40: Permohonan BPR 2021
Golongan M40: Percukaian (LHDNM)
KAEDAH PEMBAYARAN
Kesemua para penerima yang layak akan dibayar melalui nombor akaun yang didaftarkan:
Miskin Tegar & B40: Akaun Bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
Golongan M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Covid-19 ini, anda bolehlah menghubungi :-
1800 – 88 – 2747
[email protected]