TERKINI : Kaunter Rayuan Bantuan BKM Kini Dibuka. Bagi memudahkan urusan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuka kaunter rayuan BKM bermula 9 Mei hingga 2 Jun 2022 selain daripada rayuan yang boleh dibuat secara online.
Perkhidmatan kaunter rayuan BKM ini dibuka di Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Setem / Urban Transformation Centre (UTC) di seluruh negara.
Sebagai makluman rayuan BKM dibuka bagi memberi peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan bantuan ini
Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Permohonan Rayuan BKM Di Kaunter Secara Manual
LHDNM memaklumkan, tidak semua jenis rayuan boleh dibuat secara online. Ada beberapa kategori rayuan berdasarkan kod-kod berikut perlu hadir ke kaunter BKM bagi rayuan.
Bagi Pemohon Tidak lulus BKM 2022 dengan Kod Tidak Lulus seperti di nyatakan di bawah perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan).
Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini
Waktu Operasi Kaunter Rayuan BKM 2022
Berikut adalah waktu operasi bagi perkhidmatan kaunter di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak :
- 09 Mei – 02 Jun 2022
- 8.00 pagi – 5.00 petang
- Berdasarkan Hari Bekerja di setiap negeri
- 09 Mei – 02 Jun 2022
- 8.00 pagi – 4.00 petang
- Isnin – Jumaat
Maklumat Dan Pertanyaan Lanjut
e-Mel : [email protected]
Website : https://bkm.hasil.gov.my/
Skretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajatya.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021
Mohon juga : Bantuan Kewangan RM 700 Untuk B40 2022
Mohon juga : Bantuan Lesen Memandu