in

Remaja Maut Terkena Kejutan Elektrik Akibat Kabel Pengecas Bimbit Koyak

CHAIYAPHUM (THAILAND): Seorang remaja perempuan maut akibat terkena kejutan elektrik. Hal ini demikian berlaku apabila kabel koyak digunakan untuk mengecas telefon menyentuh kaki katilnya yang diperbuat daripada besi.

Nong Ying, 17 yang sedang menggunakan peranti elektronik itu ketika ia sedang dicas, menurut sumber kabel terbabit yang digunakan ketika itu dibalut dengan pita pelekat kerana pembalutnya sudah terkoyak.

Kabel berkenaan dikatakan menyentuh kaki katil mangsa dan mendatangkan kejutan elektrik, yang meragut nyawa beliau di kediamannya di Chaiyaphum, timur laut Thailand, Jumaat lalu.Ibu mangsa, Boonpeng Tuponchai, 47 mendapati mangsa masih terbaring di atas katil sebaik pulang ke rumah.“Saya fikirkan anak saya sedang tidur sebelum cuba mengejut beliau dan mengalami sedikit kejutan elektrik apabila menyentuh tubuhnya,” katanya.

Boonpeng cuba menutup suis digunakan namun mangsa tidak dapat diselamatkan lagi.Pemeriksaan mendapati Nong turut mengalami kesan melecur pada tangan kiri, dipercayai berpunca daripada kejutan elektrik itu.

Pegawai penyiasat, Kapten Khanti Peansoongnern berkata, kejadian berpunca daripada kabel terbabit.Katanya, arus elektrik yang dialirkan kabel itu membunuh remaja berkenaan apabila ia menyentuh kaki katil digunakan mangsa. – Agensi

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiga Pengawal Keselamatan Direman

Penyatuan UMNO-PAS Terus Hantui PH, Guan Eng: Mohamad