Rentas Negeri Kini Dibenarkan Berkuat Kuasa Pada Hari Esok 11/10/2021

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengadakan sidang media khas pada pukul 3 petang ini di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Intipati berhubung sidang media tersebut tidak dimaklumkan secara terperinci, bagaimanapun Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman berhubung kebenaran merentas negeri.

Ia akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen termasuk RTM dan Astro AWANI.

Sementara itu, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pengamal media yang yang dijemput menghadiri sidang media tersebut perlu mematuhi langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19, termasuk media rasmi mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri hanya akan diberikan selepas 90 peratus populasi dewasa lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.

Manakala, pada 8 Oktober lalu, Perdana Menteri berkata kebenaran rentas negeri akan dibuat serentak untuk seluruh negara dan bakal diumum dalam masa terdekat.

Pada 13 Januari lalu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Menerusi pelaksanaan PKP 2.0, perjalanan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan termasuk di negeri-negeri yang diletakkan di bawah PKP Pemulihan (PKPP).

Ikuti sidang media khas Perdana Menteri di semua platform digital Astro AWANI dan saluran 501.

Kebenaran Merentas Negeri Hanya Diberikan Kepada Golongan Yang Lengkap Dose Vaksin Sahaja Tanpa Memerlukan Surat Kebenaran !

 

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih