Sebagai ibu atau ayah yang memasak dan menyediakan juadah setiap hari, memilih menu untuk dimasak pada setiap hari. Terkadang memilih menu untuk setiap hari bole memeningkan kepala.
Setiap hari jika diulang menu yang sama tentu anak-anak akan bosan dan merungut. Mulalah terjadi drama tak nak makan dan mintak nak oder grabfood pula. Untuk elakkan anak mula bosan dengan menu yang disediakan, disini dikongsikan resepi kegemaran semua.
Macam biasa la resepi ringkas dan boleh diubah suai bahan sesuai dengan selera.
Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan
Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
(tumbuk atau kisar semua bahan)
Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta
-Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
Bole guna gula atau madu , skip kalau tidak suka, kacau bersama dengan bahan perap td.
– Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
– Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
Siap dan bole dimakan bersama nasi panas atau makan begitu sahaja dengan sos cili atau sos blackpeeper.
Kebaikan atau manfaat lada hitam bagi merawat dan mencegah pelbagai penyakit seperti:
Penyakit Jantung
Darah Tinggi
Anti Kanser
Membantu Pencernaan
Selsema
Kesihatan Gigi
Menurunkan Berat Badan
Anti Kemurungan
Antibiotik
Mencantikkan Kulit: