RESEPI CUCUR UDANG RANGUP..MEMEY SEDAK!


Bahan2:

2 cwn tepung gandum*
1sb tepung beras*
1sk serbuk penaik*
1/2 ikat daun kucai*
1 mangkuk kecil taugeh*
1/2 btg lobak merah (hiris)*
1/2sk serbuk kunyit*
1sk garam*
air secukupnya

Cara Penyediaan:

1) Campur bahan2 bertanda * dlm mangkuk besar masukkan air sedikit demi sedikit hingga dpt kepekatan yg tak terlalu cair & tak terlalu pekat.

2) Gaul sebatikan adunan panaskan minyak dan goreng cucur guna senduk leper (rujuk video cara utk sendukkan tepung dlm kuali)

3) Goreng hingga keperangan & angkt toskan minyak, sedia dihidangkan panas2 bersama kuah pecel.

P/s : Pastikan api tidak terlau kuat dan minyak mestilah panas supaya minyak tidak meresap kedalam cucur udang.

Resepi kuah pecel:
7 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 jari belacan besar
10 batang cili api
10 batang cili kering
Daun limau purut
Air asam jawa
Garam dan gula (secukup rasa)
500 gram kacang tanah

1. Gorengkan semua bahan-bahan kecuali kacang sehingga layu.

2. Kemudian, gorengkan kacang tanah tanpa minyak sehingga menjadi keperangan. (Jika anda mahu, anda boleh membuang kulit kacang.)

3. Kisarkan semua bahan-bahan yang digoreng tadi.
4. Tambahkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
5. Seterusnya, masukkan kacang goreng ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.


6. Siap dan boleh dimakan dengan cucur udang.. SEDAP

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih