Resepi Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai Yang Sangat Sedap, Memang Padu.

Kepada penggemar masakan berasaskan daging, jangan lupa untuk mencuba menu daging bakar yang pastinya membuatkan anda teringat-ingat akan kesedapan rasanya. Daging Bakar dengan cicah sos ala Thai ini memang istimewa dan unik. Sedapnya tak terkata. Rasa masam manisvgitu.

Resipi yang ringkas dengan bahan perapan yang istimewa yang dikongsikan oleh Cheyah Saripuddin ini memang awesome. Nak tahu apa resipi dan rahsia sedapnya? Jom cube.

Bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat mudah. Resepi simple yang semua orang boleh cuba.

Perapan Daging:
500 g daging lembu
3 sudu besar brown sugar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam

Sos Ala Thai:

3 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
* Tumbuk dulu dua ni bagi hancur dan lumat.

3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar brown sugar
2 biji limau nipis
3 biji cili padi (dipotong kecil)
2 biji bawang merah (dimayang halus)
Daun ketumbar (dipotong halus)

                        Untuk perapan daging, tumbuk dulu bawang putih, lada hitam dan garam.

Kemudian, campurkan dengan sos tiram, sos ikan dan brown sugar. Gaul bagi sebati.

Kemudian gaulkan semua sekali dengan semua bahan. Nak tips bagi cun masa membakar, tambhkan sedikit minyak masak. Perap dalam 4-5 jam.

                                                      Baru dibakar hingga masak.

Untuk sos ala Thai pula satukan sos ikan, sos tiram, brown sugar dengan bahan yang ditumbuk.

                        Kemudian, perahkan limau nipis.

                        Last sekali masukkan bawang, cili padi dan daun ketumbar.

                              Dah siap untuk dicicah.

P/s: Disarankan potong daging senipis mungkin supaya mudah untuk dikunyah,

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.