Resepi Ikan Tenggiri Jeruk sebenarnya boleh dihasilkan secara homemade yang mana cara ini lebih jimat dan selamat serta bersih .
Menerusi resepi ini malah bolen dijual dan dijadikan punca pendapatan.Seperti yang kita sedia maklum bahawa Ikan Tenggiri adalah antara ikan yang paling sedap .
Ikan Tenggiri jeruk pula sangat sedap apabila digoreng dan dimakan bersama nasi panas malah ia juga dijadikan penambah rasa bagi menu kailan ikan masin dan nasi goreng ikan masin.
Berikut adalah cara2 penyediaan Ikan Tenggiri Jeruk:
- Ikan Tenggiri (dibersihkan dan dipotong kecil)
- Cuka makan
- Garam kasar
- Asam keping
- Minyak masak
CARA-CARA:
1.Keringkan Ikan Tenggiri dibawah terik matahari selama 2 jam.
2. Ambil ikan dan celupkan dalam bekas berisi cuka lalu letak didalam bekas lain dan jadikan ia 1 lapisan.
3. Taburkan garam kasar diatas ikan hingga rata serta selitkan beberapa kepingan asam keping.
4. Kemudian celup lagi ikan yang lain kedalam cuka dan susun menjadi lapisan kedua diikuti taburan garam dan asam keping . Ulang langkah hingga ikan yang seterusnya.
5. Tutup penutup bekas berisi ikan tenggiri yang telah di tabur garam dan dicelupkan cuka serta balut dengan kain berwarna gelap , kemudian simpan pada suhu bilik selama 1 minggu.
6. Setelah 1 minggu , keluarkan Ikan Tenggiri dari bekas dan toskan air yang terhasil dari perapan.
7. Letakkan Ikan Ternggiri ke dalam bekas bersih dan tuangkan minyak masak secukupya…
8. Sekarang sudah siap Ikan Tenggiri Jeruk dan sedia untuk dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Kredit resipi & gambar: Suri Abdullah. Motif.My dah cuba resepi ini, sangat sedap dan boleh buat jadi ketagih. Tenggiri memang sedap dagingnya, tambah pula dijerukkan , dan digoreng dengan bawang yang dikaramelisekan, memang 10 bintang!