Bahan-bahan :
1 paket mee kering brand CINTAN – ada 6 keping
Caranyanya : didihkan air, rebus hingga lembut dan tapis lalu masukkan kedalam bekas
Untuk sos kicap :
6 s/b kicap pekat
6 s/b bawang putih yg digoreng, ambil minyaknya
6 s/mkn minyak bijan
Untuk sup jernih :
1 paket isi ikan – hiris nipis
1 paket bebola ikan – jika nak
1 mangkuk kecil isi ayam – hiris nipis
1 kiub ayam
1 liter air – nak lebihkan pun boleh
2 ulas bawang putih – dimayang
1 inci halia
Untuk pelengkap :
sayur sawi (dicelur)
sayur taugeh (dicelur)
Untuk cili potong cili kicap :
cili api secukupnya
kicap cair secukupnya
perahan limau kasturi sikit
Caranya penyediaan :
-Mee yg siap direbus tadi campurkan bersama kesemua bahan sos kicap, gaul sekata ketepikan, jika rasa tak cukup hitam tak cukup cantik berkilat boleh tambahkan minyak bawang putih dengan kicap pekat.
-Panaskan minyak, tumis bawang dan halia
-Masukkan air, isi ayam dan biarkan sup mendidih dan isi ayam masak.
-Masukkan kiub ayam dan isi ikan yg dihiris bersama dgn bebola ikan.
-Rasa sup secukup rasa, tutup api.
Sediakan mee bersama sayur, cili potong dansup panas..pasti sedap dan puas hati.
P/s : Minyak bijan kena ada baru jadi seperti rasa yang dikehendaki.
KEBAIKAN MINYAK BIJAN :
Bagi anda yang kurang gemar dengan bau minyak bijan, ia boleh digantikan dengan minyak masak biasa. Selalunya minyak bijan dan biji bijan juga digunakan untuk membuat dimsum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria.
1. Pencegahan Diabetes
2. Mengurangkan Tekanan Darah
3. Kesihatan Jantung
4. Anti Kanser