Resepi Oden Family Mart ok? Kalau nak tahu oden adalah makanan yang berasal dari negara Japan.
Baru-baru ini Family Mart, sebuah kedai serbaneka dari Jepun telah mula beroperasi di Malaysia dan antara tarikan kedai terbabit adalah oden yang sedap ini.
Family Mart hanya beroperasi di sekitar Lembah Klang dan tiada cawangan di seluruh Malaysia sehingga menyukarkan mereka yang luar KL untuk merasai keenakan oden ini.
Tapi jangan risau, kami di Motif.my ingin share resepi oden Family Mart yang lebih sedap dan lebih jimat! Boleh lah buat dekat rumah dan makan bersama keluarga.
Bahan-bahan yang diperlukan
Resepi Oden Family Mart ini boleh menghasilkan rasa yang serupa dan kadang-kadang lebih sedap. Pastikan jangan letak air terlampau banyak, pastikan ianya kaw barulah sedap dan ketagih!
Resepi Oden Family Mart 98% Sama!
Bahan-bahan
- 2 paket perencah asam pedas adabi
- 2 paket perencah tomyam
- 1 kiub perencah tomyam maggi
- Air secukupnya jangan terlampau banyak
Tidak perlu garam atau MSG tambahan lagi dah. Dari perencah dah secukup rasa. Bahan-bahan oden seperti fish tofu, crabball, seafood tofu,crab stick dan fishcake boleh di beli di mana-mana pasaraya berdekatan.
Cara Memasak
1. Tumiskan perencah asam pedas dan perencah tomyam sehingga naik baunya.
2. Masukkan sedikit air dalam 2 gelas besar.
3. Kemudian masukkan kiub tomyam.
4. Akhir sekali masukkan oden di dalam oden sup yang dimasak tadi. Biarkan api kecil, sehingga 10-15 minit. Kemudian bolehlah di makan.
Motif.my berharap agar anda dapat berkongsi resepi ini di dalam group wassap korang dan manfaatkan sebaiknya resepi yang dikongsi ini.
Kepada blogger lain, jika mahu ambil resepi ini, minta berikan backlink ya, nanti kami akan link back to you. Thanks!
Sumber: Dapur Isteri Perut Suami