Sambal adalah salah satu resepi kegemaran penduduk di Asia seperti Thailand, Indonesia dan juga Malaysia. Terdapat pelbagai resepi sambal dari daerah yang berbeza . Bahan utama untuk sambal adalah cili padi merah kerana keutamaan sambal mestilah pedas tidak kiralah manis atau masin, pedas itu pasti kena ada. Kepada penggemar sambal terutamanya sambal ayam penyet, mari belajar buat sambal sendiri di rumah. Bila-bila masa nak makan pun sedia di peti ais! Tak perlu beli lagi! Jom cuba resepi ini.
SAMBAL AYAM PENYET
Bahan-bahan:
Goreng:
- Cili Padi Merah
- Cili Merah
- Tomato
- Bawang Merah
- Bawang Putih
Lain-lain:
- Sedikit Belacan (dibakar ) pilihan
- Air Asam Jawa / air lemon atau limau nipis.
Cara-cara:
1. Pansakan minyak dan goreng bahan dalam minyak yang panas sebentar sehinga layu dan lembut.
2. Keluarkan semua dan tambahkan air asam jawa serta belacan yang telah dibakar tadi. Pilihan bole ditumbuk kasar atau hancur.
3. Setelah diblend semua bahan tadi,kemudian masukkan semua bahan ke dalam kuali dan goreng sekali lagi dengan lebihan minyak tadi sehingga naik minyak. Tambahkan garam dan gula hingga secukup rasa. Siap.
Jangan buang minyak sambal tersebut jika mahu simpan lama kerana minyak akan membuat sambal tahan lama walaupun simpan di pada suhu bilik. Jika sambal sudah disediakan banyak, bole juga disimpan di dalam peti ais dan pastikan minyaknya jangan dibuang .Bole disimpan selama sebulan. Panaskan dalam microwave atau atas dapur bile hendak dimakan.
Untuk pastikan sambal tidak berkulat dan tahan lama pastikan juga masak hingga naik minyak dan betul- betul masak semasa menumis sambal. Bole disimpan dalam bekas kaca atau tipuware je janji bertutup supaya sambal tidak berbau peti.
Selain makan bersama ayam gerang sedapjuga buat colek tauhu dan juga tempe goreng..Cubela guys..Pasti puas hati.