RM 2 Juta : Cara Mohon Bantuan E-Dompet Untuk Belia Sebanyak RM 150 Seorang

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun menerusi program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang akan bermula tahun hadapan. Selain itu anda juga boleh mohon bantuan keluarga malaysia

 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, usaha itu dilakukan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

 

 

 

“Ia juga melibatkan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

 

Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih dua juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran, katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

 

Dalam pada itu, kerajaan juga menyeru pihak swasta memberi elaun sekurang-kurangnya RM900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri di syarikat mereka.
Menurutnya, elaun tersebut adalah sama dengan jumlah dibayar kerajaan kepada pelajar tersebut ketika mereka menjalani latihan industri.
“Selain itu, kerajaan akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh enam bulan, iaitu meningkat berbanding RM800 sebelum ini.
“Bagi belia yang menceburi bidang keusahawanan pula, pelan pembiayaan sebanyak RM150 juta akan disediakan di bawah Bank Simpanan Nasional dan Agrobank.
“Kerajaan bercadang untuk melanjutkan galakan cukai bagi Program Latihan Industri Berstruktur sehingga tahun taksiran 2025 dan turut diperluas kepada pelajar di peringkat Ijazah Sarjana, Sijil Profesional serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2,” ujarnya.
Sumber : Astro Awani
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×