RUMAWIP – Permohonan Online 2019 hanya untuk pembaca Motif.my sahaja. Siapa disini warga Wilayah Persekutuan?
Ini adalah berita baik buat anda. Anda warga Wilayah Persekutuan? Anda mengidamkan rumah mampu milik? Disini disenaraikan langkah mudah membuat Permohonan RUMAWIP secara atas talian.
Kepada mereka yang berminat dan layak untuk memohon, sila baca sehingga akhir artikel ini.
Apa Itu RUMAWIP? RUMAWIP adalah singkatan daripada Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. Dimana RUMAWIP ini adalah rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.
Bagaimana Cara Untuk Memohon Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
Untuk pengetahuan anda, rumah mampu milik ini disediakan oleh pihak Kerajaan dan pemajuan. Dengan kos kehidupan yang tinggi dengan harga rumah yang mahal di tengah tengah bandaraya ini menyukarkan warganya untuk memiliki rumah sendiri pada waktu sekarang.
Tetapi dengan wujudnya program RUMAWIP ini, impian warga Wilayah Persekutuan untuk memiliki rumah milik sendiri akan tercapai.
Nak Tahu Langkah Membuat Permohonan Rumawip Secara Atas Talian? Ikuti Perkongsian Ini.
Dibawah ini adalah langkah –langkah mudah untuk membuat permohonan RUMAWIP secara atas talian serta syarat – syarat layak mohon, dimana borang permohonan boleh didapatkan dan panduan bagi pemohon (penting)
Semak syarat – syarat dibawah sebelum anda membuat permohonan :-
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 dan keatas, telah bekerja atau telah bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 3 tahun (Pemohon perlu sertakan Penyata KWSP dan Borang J LHDN)
Pendapatan kasar bulanan bagi bujang adalah RM10000 manakala RM 15000 bagi suami isteri
- Pemohon tidak mempunyai sebarang rumah kediaman di Wilayah Persekutuan
- Pembeli tidak boleh menyewakan rumah tersebut hendaklah menduduki rumah kecuali mendapat kebenaran daripada agensi khas MUAWIP
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tinggal berhampiran dengan kawasan rumah mampu milik yang dibangunkan
Kategori RUMAWIP
Terdapat 3 kategori rumah mampu milik yang ditawarkan iaitu :-
- studio atau 1 bilik 2 bilik dan 3 bilik dan adalah dalam bentuk rumah berstrata.
Borang Permohonan RUMAWIP Boleh Didapatkan Secara Atas Talian
- Borang permohonan RUMAWIP boleh diakses di 👉🏽https://rumawip.kwp.gov.my/permohonan
Panduan Untuk Permohonan Rumah Mampu Milik
- Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini profil peribadi. Klik pada menu “Profil Pemohon”
- Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, semua pemohon yang telah mendaftar akan mendapat makluman melalui emel.
- Daftar masuk ke portal RUMAWIP dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan pemohon, kemudian klik pada menu “Permohonan”.
Permohonan RUMAWIP yang Layak Diproses
Apabila permohonan anda Laya Diproses maka anda akan diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan seperti :
- Borang permohonan (perlu dicetak dari portal RUMAWIP)
- Salinan asal Surat Akuan Sumpah
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan Pemohon
- Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
- Slip Penyata Gaji terbaharu Pemohon atau penyata bank 3 bulan terbaharu (bagi pemohon yang tiada slip gaji)
- Penyata Gaji Terbaharu Pasangan atau penyata bank 3 bulan terbaharu (bagi pemohon yang tiada slip gaji)
- Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon dan bagi pemohon yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
- Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan pasangan pemohon dan bagi pemohon yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
- Bil Elektrik dan Bil Air terbaharu bagi tempat tinggal atau dokumen lain sebagai bukti (mandatori)
- Sijil Kelahiran (MyKid) Anak pemohon
- Salinan Kad OKU Pemohon / Pasangan / Anak (jika berkaitan)
- Surat Pengesahan Majikan Pemohon
- Surat Pengesahan Majikan Pasangan
- Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki (jika berkaitan)
SILA AMBIL PERHATIAN : NOTA PENTING
Pemohon perlu mengemukakan Surat Akuan Sumpah (asal) bagi setiap projek RUMAWIP yang dimohon. Surat Akuan Sumpah perlu difotokopi hitam putih atau berwarna dan Surat Akuan Sumpah hitam putih atau berwarna yang diimbas tidak akan diterima.
- Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada pemaju yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Selepas pada ini, pemohon akan berurusan dengan pemaju sehingga pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.
- Jika Pemohon ingin menyemak status permohonan semasa, pemohon boleh logmasuk ke Portal RUMAWIP.
Pemohon perlu hantar 1 set borang permohonan sahaja yang disertakan dokumen sokongan lengkap seperti yang tercatat di halaman portal RUMAWIP yang dipohon bermula 23 Disember 2016.
Dokumen yang dihantar dan disahkan lengkap serta menurut syarat-syarat permohonan RUMAWIP oleh Urus Setia RUMAWIP akan diproses.
Tempoh sah permohonan pertama adalah setahun dari tarikh dokumen sokongan pertama dihantar mengikut dan status permohonan boleh disemak melalui Laman Utama Akaun Pemohon.
Untuk permohonan projek RUMAWIP bagi kedua dan ketiga, pemohon tidak perlu menghantar borang permohonan dalam tempoh ini.
Pemohon akan berstatus “TIDAK BERJAYA” jika dokumen sokongan yang dihantar adalah tidak lengkap. Status ini juga boleh disemak di Laman Utama Akaun Pemohon beserta dengan komen Urussetia.
Maklumat Selanjutnya mengenai Permohonan RUMAWIP
Pemohon yang masih mempunyai soalan, anda boleh merujuk Soalan Lazim RUMAWIP di FAQ bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan RUMAWIP.
Anda juga boleh dapatkan Manual pengguna RUMAWIP di 👉🏽 PDF.
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh terus menghubungi :
Urus Setia RUMAWIP KWP
Unit Rumah Wilayah Persekutuan, Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan
62100 Putrajaya
Atau hubungi ditalian : 03-8000 8000 , 03-8892 3634, 03-88923633, 03-88897637
Waktu Urusan
Isnin – Khamis : 9.30 pagi – 4.30 petang
Jumaat : 12.00 tengahari – 3.00 petang
Waktu Rehat : Isnin – Khamis 1.00 petang – 2.00 petang
Tutup : Sabtu dan Ahad
Urus Setia RUMAWIP DBKL
Anjung RUMAWIP Kuala LumpurAras G,
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Tel : 03-2617 9925
Waktu Urusan :
Isnin – Khamis : 9.30 pagi – 4.30 petang
Jumaat : 12.00 tengahari – 3.00 petang
Waktu Rehat : Isnin – Khamis 1.00 petang – 2.00 petang
Tutup : Sabtu dan Ahad
Talian Am : 03 8892 3633 / 03 8892 3634
Faks : 03-8889 7640
Emel : [email protected]
Selamat berjaya kepada pemohon, semoga harapan anda untuk memiliki rumah sendiri tercapai. Motif.my mendoakan semoga permohonan anda diluluskan dengan mudah insyaAllah amin.