in

Sabhi Sadhi Terkena Sakit Misteri?

“Semuanya bermula pada yang Jumaat lalu semasa menjalani latihan di atas pentas Gegar Vaganza (GV6) tiba-tiba saya sakit belakang. Namun begitu, rasa sakit itu berkurang apabila saya turun dan meninggalkan pentas.

“Keadaan semakin teruk semasa raptai penuh pada Sabtu lalu. Saya langsung tidak boleh bergerak, tubuh rasa kejang dan kaku.

“Mujur pada ketika itu ada suami Norshila Amin membantu,” katanya.

Menurut Sabhi, suami Norshila mempunyai pengalaman untuk mengubati penyakit misteri dengan membaca ayat suci al-Quran sambil menekan kedua belah ibu jari kakinya.

“Selepas itu saya terus boleh berdiri dan menjalani latihan seperti biasa,” katanya.

Jelas Sabhi lagi, sebaik raptai habis dia bergegas ke hospital untuk melakukan pemeriksaan namun pegawai perubatan bertugas mengesahkan dia sihat dan tiada simptom cakera tergelincir.

Sakit itu bagaimanapun kembali dirasai apabila dia mengadakan persembahan semalam. Disebabkan itu, Sabhi tidak dapat mengawal pergerakan di akhir persembahan hingga menyebabkan badannya jatuh terhempas ke lantai dan kepalanya terhantuk kuat.

“Entahlah, susah untuk saya jelaskan apa yang berlaku. Kalau boleh saya tidak mahu kaitkan apa yang berlaku ini ada kaitan dengan perkara mistik.

“Namun, nak nafikan pun tak boleh sebab badan saya memang sakit,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pusaka Raih RM7.2 Juta Selepas Sebelas Hari Tayangan

Pegawai Perhutanan Dituduh Membunuh