Saham Akhirat, Rizalman Mahu Buka Pusat Pengajian Al-Quran. Didoakan Urusan Dan Niat Baik Rizalman Ini Dipermudahkan

Dalam membina kejayaan di dunia, sebagai seorang Muslim urusan akhirat juga perlu seimbang dan dititiberatkan. Begitulah juga pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim. Baru-baru ini beliau telah menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian al-Quran, ia adalah sebagai usaha yang dilakukan selari dengan penubuhan Yayasan RI yang akan dibangunkan kelak.

Sama2 kita belajar Al-Quran balik

Pusat pengajian tersebut dibuka untuk semua peringkat usia yang mahu belajar mengaji dan menambah ilmu mengenai isi kandungan di dalam Al-Quran.

“Anda tahu kan saya dalam proses nak tubuhkan Yayasan RI. Jadi, antara niat saya ialah menubuhkan pusat pengajian al-Quran untuk golongan orang-orang dewasa…” Siapa yang tak sempat belajar mengaji dengan betul, yang nak belajar dan memperbetulkan bacaan mereka…”

Malah, Rizalman berkata, segala pembiayaan pusat pengajian tersebut akan ditanggung sepenuh oleh syarikatnya, Rinetwork selepas mendapat kelulusan penubuhan yayasannya itu.

“Saya akan gajikan para ustaz dan ustazah, cari tempat, belikan kelengkapan serta berikan wakaf mushaf Amazing tu di situ dan akan bertempat di Johor Bahru sebagai negeri pertama…”

Syukurlah, diharapkan urusan dan niat baik Rizalman ini dipermudahkan dan dapat memberi manfaat kepada insan-insan lain di luar sana.

Sumber : Rizalman, OMM

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.