in

Samseng Jalan Raya Hentak Bas Guna Objek Keras

SHAH ALAM – Meskipun perbuatan “abang botak” yang menghentak kereta menggunakan topi keledar kerana berang dihon sudah pun mendapat pembalasan di mahkamah, namun ia masih belum boleh dijadikan pengajaran kepada penguna jalan raya yang lain.

Pemandu Proton Satria sengaja memperlahankan kenderaan sambil menekan brek di hadapan bas yang sedang bergerak di lebuh raya. Gambar kanan: Pemandu Proton Satria bertindak memberhentikan kenderaannya sebelum keluar menjerit dan menghentak bas dengan menggunakan objek keras.

Terbaru, tular di media sosial mengenai seorang pemandu kereta Proton Satria yang bertindak menghentak sebuah bas di bahagian cermin kenderaan itu menggunakan satu objek keras tanpa diketahui apa punca yang sebenar.

Kejadian itu dirakam oleh saksi yang mana merupakan penumpang bas terbabit dan video yang dikongsikan tersebut tular di laman sosial.

Menerusi posting yang dimuat naik di laman Facebook itu, kejadian dikatakan berlaku pada awal pagi hari ini di Lebuhraya Kesas susur keluar ke Alam Impian.

Berdasarkan tiga klip rakaman yang dibuat, kelihatan bas tersebut berada di belakang kereta Proton Satria terbabit.

Pemandu Proton Satria terbabit dilihat beberapa kali memperlahankan kenderaannya, memotong dan berada rapat di hadapan bas berkenaan dan kerap menekan brek.

Kemudian, dua orang lelaki keluar daripada Proton Satria itu menjerit dengan nada marah sambil memukul bas berkenaan dengan objek keras.

Bagaimanapun, punca kejadian sebenar masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan daripada mana-mana pihak berhubung insiden berkenaan.

“Kita masih dalam usaha mengesan individu yang terlibat dan minta mangsa datang buat laporan,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemain Gitar Damasutra Meninggal Dunia

Punca Kematian Guru Wanita Di Sik