SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa ok? SAPS semakan ibu dan bapa adalah portal rasmi bagi menyemak keputusan peperiksaan pelajar sekolah rendah dan menengah

Semakan keputusan peperiksaan pelajar kini boleh dibuat secara atas talian melalui portal SAPS Ibu Bapa 2019 atau dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA).

Sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan ibu bapa mengikuti perkembangan ujian dan peperiksaan anak-anak di sekolah, sama ada sekolah menengah mahupun sekolah rendah

Untuk pengetahuan semua pembaca Motif.my, sistem analisis peperiksaan sekolah hanya menyokong ujian bulanan dan peperiksaan tahunan yang diuruskan pihak sekolah termasuk peperiksaan percubaan.

SEMAKAN SAPS IBU BAPA 2019

Bagi membuat semakan, sila turuti langkah – langkah seperti di bawah:

  1. Layari portal SAPS Ibu Bapa atau klik link berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari”

  3. Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan negeri dan nama sekolah

  4. Klik butang “Semak”

  5. Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar

Namun begitu,bagi keputusan peperiksaan besar seperti UPSRPT3, SPM dan STPM, ibu bapa tidak dapat menyemaknya menggunakan sistem SAPS Ibu bapa.

MASALAH JIKA LOGIN SAPS

Bagaimanapun, terdapat beberapa aduan dimana menyatakan masalah tidak dapat meng-login SAPS Ibu Bapa.

Masalah tersebut mungkin disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar.

Kesilapan huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan juga menyebabkan pengguna tidak boleh login ke sistem SAPS NKRA.

Cara paling mudah dan pantas untuk selesaikan masalah ini dengan menghubungi HELPDESK.

Untuk makluman ibu bapa, pengguna tidak boleh menukar ID atau kata laluan.

Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja boleh mengubah ID atau kata laluan  dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah:

tukar password saps ibu bapa

tukar password saps ibu bapa 2

Sekiranya ibu bapa masih menghadapi masalah sebagai contoh, nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat mengakses laman SAPS, sila rujuk langkah -langkah di bawah.

Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak jagaan mereka dan memaklumkan masalah tersebut.

Guru Kelas hendaklah menyemak nombor kad pengenalan pelajar dengan dokumen sokongan (kad pengenalan/sijil lahir pelajar tersebut).

Jika disahkan salah, Guru Kelas perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini terus kepada SUP sekolah.

SUP dikehendaki mengemaskini nombor kad pengenalan pelajar tersebut di SAPS dengan cara seperti berikut:

tukar pass suk saps ibu bapa

tukar pass suk saps ibu bapa 2

tukar pass suk saps ibu bapa 3

tukar pass saps ibu bapa suk 4

SAPS NKRA

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, berikut adalah gred pemarkahan di sekolah rendah, menengah dan menengah atas untuk rujukan.

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D  Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D  Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir
Sending
User Review
0 (0 votes)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.