SAPS NKRA (Portal Rasmi)

SAPS NKRA atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah nama lain untuk SAPS Ibu bapa dan ibu bapa umum telah mengetahui mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA).

Dengan adanya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA ini dapat menbantu ibu bapa dan penjaga bagi memantau prestasi pendidikan anak-anak mereka di sekolah.

Menerusi sistem ini, ibu bapa/ penjaga bukan hanya mengetahui keputusan markah peperiksaan, ibu bapa / penjaga juga boleh mengetahui kedudukan anak mereka dalam kelas.

Laman sesawang utama SAPS NKRA menunjukkan satu paparan mengenai pengumuman penting untuk pelajar, guru, ibu bapa/ penjaga dan juga setiausaha peperiksaan.

Untuk pengetahuan, SAPS merupakan singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah manakala NKRA pula adalah singkatan kepada National Key Result Areas yang bermaksud Bidang Keberhasilan Utama Negara. 

SAPS NKRA SAPS IBU BAPA

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah NKRA

Tujuan utama mewujudkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah bagi mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Antara tujuan – tujuan lain adalah :

  1. SAPS merupakan sistem yang diciptakan secara atas talian yang boleh diakses oleh semua pihak termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), JPN, PPD dan Sekolah.
  2. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan kepada skala gred kebangsaan.

3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh diguna pakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

SENARAI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB SAPS NKRA

  1. Keputusan Peperiksaan bagi Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6)
  2. Keputusan Peperiksaan bagi Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5)

Keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  1. Ujian 1
  2. Peperiksaan Pertengahan Tahun
  3. Ujian 2
  4. Peperiksaan Akhir Tahun
  5. Peperiksaan Percubaan untuk UPSR, PT3 dan SPM

Namun begitu, bagi pelajar yang ingin mendapatkan keputusan penuh untuk peperiksaan awam seperti peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM, ianya tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS NKRA.

Pelajar perlu hadir ke sekolah bagi mendapatkan keputusan penuh peperiksaan pelajar tersebut. Ringkasan keputusan boleh diperoleh melalui semakan atas talian ataupun SMS bergantung kepada jenis peperiksaan.

CARA – CARA UNTUK MENGAKSES SAPS NKRA (Klik Di Bawah)

[adace-ad id=”5826″]

Sistem Analisis Peperiksaan SAPS Ibu Bapa boleh diakses di laman web sini:

👉🏽 Laman Web (Klik Sini)

Langkah – langkah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan adalah seperti berikut :

LANGKAH 1 : CARIAN MURID

  • MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)

LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH

  • MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI (Negeri & Nama Sekolah)

Segala semakan keputusan peperiksaan/ujian terkini hanya boleh disemak selepas tarikh meng-key in markah peperiksaan ke Sistem SAPS ditutup.

Semoga dengan adanya sistem SAPS NKRA ini daat memudahkan para ibu bapa dan penjaga untuk memantau keputusan anak-anak.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×