SAPS ok? Apa itu SAPS? SAPS adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dimana digunakan untuk menyemak keputusan peperiksaan. Motif.my ingin berkongsi lebih lanjut mengenai sistem SAPS Ibu Bapa.
Kewujudkan SAPS NKRA adalah bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara. Ibubapa dan penjaga tidak perlu khuatir lagi untuk mengetahui keputusan peperiksaan terkini anak – anak mereka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mencipta satu sistem semakan yang dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.
SAPS Ibu Bapa 2019 merupakan satu sistem Semakan Keputusan Peperiksaan atas talian yang membolehkan ibubapa/ penjaga untuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka tanpa perlu menunggu keputusan peperiksaan daripada Guru.
Bagaimana cara mudah untuk menyemak status keputusan peperiksaan anak anda melalui semakan SAPS Ibu Bapa?
Sistem Semakan SAPS NKRA akan memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas dan tahun/tingkatan pelajar. Kewujudan SAPS NKRA ini dapat memudahkan ibu bapa/penjaga dalam memantau prestasi akademik anak – anak dan membolehkan ibu bapa/penjaga membantu menambahbaikan demi kejayaan cemerlang anak mereka.
TERKINI : Sistem SAPS kini dibuka semula setelah ditutup buat sementara waktu sebelum ini disebabkan dakwaan pencerobohan ke atas sistem SAPS yang diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah maklumat mengenai Semakan SAPS untuk panduan ibubapa dan pelajar dalam membuat semakan keputusan peperiksaan secara atas talian.
Apa itu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah diwujudkan bertujuan untuk mengumpul keputusan pelajar dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
SAPS NKRA merupakan sistem yang dicipta secara atas talian yang boleh diakses oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras mengikut skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.
Log Masuk SAPS NKRA untuk Guru
Guru mengalas tanggungjawab yang sangat besar bagi memastikan keputusan peperiksaan dapat diketahui secara cepat dan pantas oleh ibubapa mahupun pelajar.
Guru akan memasukkan markah peperiksaan yang diperoleh setiap pelajar didalam sistem sekaligus maklumat lengkap markah, peratus lulus, kedudukan dalam kelas, kedudukan dalam tingkatan dan sebagainya dapat diketahui.
Maklumat yang telah diperoleh akan dianalisis dan dinilai dalam membuat rancangan pembelajaran di dalam kelas berdasarkan kepada prestasi para pelajar.
Keputusan Peperiksaan Yang boleh Disemak
Keputusan peperiksaan yang boleh disemakan adalah seperti berikut :-
- Ujian 1
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Ujian 2
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Peperiksaan Percubaan untuk UPSR, PT3 dan SPM
Namun begitu, bagi pelajar yang ingin mendapatkan keputusan penuh untuk peperiksaan awam seperti peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM, ianya tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS NKRA.
CARA MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SAPS IBU BAPA SECARA ONLINE (Ikuti Di Bawah):
Dibawah ini adalah langkah langkah mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan SAPS secara atas talian ;
- Layari Laman Web SAPS NKRA untuk ke menu utama Semakan IbuBapa -> KLIK SINI
- Atau melalui Key In Markah Pelajar untuk Guru -> KLIK SINI
Langkah mudah untuk menyemak SAPS Ibu Bapa
Langkah 1 : Carian Murid – Masukkan nombor sijil kelahiran / kad pengenalan pelajar (Tanpa “-“ atau SPACE) dan klik “Cari”
Langkah 2 : Pilih Negeri
Langkah 3 : Pilih Daerah PPD
Langkah 4 : Pilih Sekolah dan tekan “semak”
Dibawah ini disertakan contoh paparan sistem semakan SAPS Ibu bapa
Langkah 5 : Anda akan ke halaman seterusnya :
- Pilih tahun
- Keputusan peperiksaan yang mahu disemak
Sebagai contoh :-
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Ujian 2
Langkah 6 : Seterusnya anda hanya perlu klik sama ada ingin memilih :
- Papar slip keputusan
- Papar markah peperiksaan
**Nota :
- Slip keputusan akan memaparkan Nama Pelajar, No. Kad Pengenalan Pelajar, Kelas Pelajar dan Jantina. Keputusan peperiksaan akan memaparkan senarai mata pelajar beserta markah dan gred yang diperoleh pelajar.
- Slip markah peperiksaan pula mengandungi bilangan mata pelajaran, kedudukan dalam kelas, kedudukan dalam darjah dan tingkatan, jumlah kehadiran, jumlah markah keseluruhan, peratus, gred purata pelajar, pencapaian gred dan keputusan.
- Maklumat lain yang ada didalam slip adalah nama guru kelas dan ulasan daripada guru
Analisa Keputusan Ujian Dan Peperiksaan
Markah keseluruhan pelajar akan dijadikan penanda aras dalam mengira peratus pencapaian, menentukan samada murid LULUS atau GAGAL.
Berdasarkan daripada slip keputusan peperiksaan, para ibubapa/ penjaga dapat mengetahui kedudukan anak mereka dalam kelas dan juga kedudukan dalam darjah.
Analisa keputusan peperiksaan seperti di bawah ini memaparkan 4 jenis peperiksaan/ ujian utama bagi tahun tersebut.
Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2019
Untuk makluman, berikut merupakan tarikh penting untuk memasukkan Markah Peperiksaan dalaman SAPS pada tahun 2019 untuk Sekolah Rendah dan juga Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh
Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2019 ini menunjukkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir memasukkan markah.
Tahun 2018
Ujian 1 bagi Tahun 6/ Tingkatan 5
Tarikh mula ; 26 Mac 2018
Tarikh akhir ; 16 April 208
Peperiksaan Pertengahan Tahun Bagi Tahun 6/ Tingkatan 5
Tarikh mula : 17 Mei 2018
Tarikh akhir : 14 Jun 2018
Peperiksaan Percubaan
Bagi Tahun 6
TarikhMula : 19 Julai 2018
Tarikh akhir : 16 Ogos 2018
Tingkatan 5
Tarikh Mula : 13 September 2018
Tarikh Akhir : 4 Oktober 2018
Peperiksaan Akhir Tahun
Tarikh memasukkan Markah Peperiksaan Akhir Tahun akan dibuka bermula dari 25 Oktober hingga 20 November 2018.
Berikut adalah rajah takwim kemasukan markah peperiksaan dalaman bagi tahun 2019.
Tarikh yang dinyatakan didalam rajah boleh diguna bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1,2 dan juga 4 untuk kegunaan sekolah masing – masing.
Gred Pemarkahan Peperiksaan
Dibawah ini di senaraikan gred markah peperiksaan bagi Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Menengah Rendah (SMR) Dan Sekolah Menengah Atas (SMA).
JULAT MARKAH/ GRED SAPS
80 – 100 | A | CEMERLANG | |
65 – 79 | B | BAIK | |
50 – 64 | C | MEMUASKAN |
90 – 100 | A+ | CEMERLANG TERTINGGI | |
80 – 89 | A | CEMERLANG TINGGI | |
70 – 79 | A- | CEMERLANG | |
65 – 69 | B+ | KEPUJIAN TERTINGGI | |
60 – 64 | B | KEPUJIAN TINGGI | |
55 – 59 | C+ | KEPUJIAN ATAS | |
50 – 54 | C | KEPUJIAN | |
45 – 49 | D | LULUS ATAS | |
40 – 44 | E | LULUS | |
00 – 39 | G | GAGAL | |
TH | TH | TIDAK HADIR | |
Penggunaan Singkatan Perkataan Dalam Sistem SAPS
Ringkasan :-
- SAPS : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- SUP : Setiausaha Peperiksaan
- GMP : Guru Matapelajaran
- GK : Guru Kelas
- KP : Kad Pengenalan
- APDM : Aplikasi Pangkalan Data Murid
- JPN : Jabatan Pelajaran Negeri
Berikut adalah ringkasan perkara yang menjadi persoalan dalam SAPS adalah :-
- LOGIN SAPS NKRA
- Setiausaha Peperiksaan Tidak Dapat Login ID
- Guru Matapelajaran / Guru Kelas Tidak Dapat Login ID/ Lupa Kata Laluan
- Mengubah ID dan Password
- PENDAFTARAN SUP/ GK/ GMP
- Level Setiausaha Peperiksaan Hilang
- Pertukaran Level Guru Matapelajaran/ Guru Kelas
- Daftar Guru Matapelajaran Yang Baru
- PENGURUSAN GURU
- Pertukaran Admin
- Guru Matapelajaran Tersalah Pilih Kod Subjek
- Pertukaran Guru Ke Sekolah Baru
- Ambil Alih Subjek Guru Lain
- Nama Sama Pada Lembaran Markah Di Dua Kelas berbeza
- Sekolah Tidak Wujud Dalam SAPS
- SEMAKAN IBUBAPA
- Nombor Kad Pengenalan Pelajar Tidak Dapat Mengakses SAPS
- Ejaan Nama Pelajar Salah
- PENGISIAN MARKAH PERCUBAAN UPSR/ PMR
- Pengesahan Markah Tidak Dapat Dilakukan
- Subjek-Subjek Yang Diambilkira Dalam Pengiraan GPS PMR
- Pengisian Markah Untuk Peperiksaan Percubaan
- Mengubah Bilangan Murid Subjek Yang Diajar
Maklumat Lanjut SAPS IbuBapa
Untuk sebarang FAQ Soalan Lazim selengkapnya, sila muat turun atau Download FAQ dalam PDF 👉🏽 Panduan Am SAPS.
Untuk bantuan, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.
Semoga dengan wujudnya sistem semakan SAPS Semakan Ibu Bapa ini dapat memudahkan ibubapa/ penjaga untuk membuat semakan keputusan
Peperiksaan murid serta kedudukan kelas secara atas talian.