in

Sasha Saidin Nikah Kali Ketiga?

Setelah lapan tahun bergelar ibu tunggal, Sasha Saidin, 43, telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga untuk kali ketiga dengan jejaka berstatus duda yang dikenali sebagai Mr W, awal tahun depan.

Penyanyi dan model itu berkata, dia dan bakal suami merancang untuk mengadakan majlis pernikahan secara ringkas di ibu kota.

“Butiran pernikahan belum lagi ditetapkan kerana banyak perkara perlu diuruskan terlebih dahulu. Buat masa ini, saya yang banyak uruskan kerana bakal suami bekerja di luar negara.

“Memandangkan ini perkahwinan ketiga saya dan dia, jadi majlis pernikahan akan diadakan secara ringkas sahaja. Namun begitu, saya tak sangka pula ramai sudah hidu dan bertanya mengenainya,” kata Sasha.

Menurut Sasha, dia juga terkejut apabila ada beberapa pihak menyampaikan hasrat untuk menaja hari bahagianya nanti.

“Sudah semestinya saya dan bakal suami terharu dengan tawaran tak disangka ini. Kami terbuka, mana tahu boleh adakan majlis resepsi nanti,” katanya.

Sasha turut mengesahkan bakal berpindah ke Timur Tengah selepas bergelar isteri kerana Mr W bekerja di sana.

“Sebagai isteri saya kena kenalah ikut suami. Namun, itu tidak bermakna saya akan meninggalkan terus kerjaya seni.

“Saya akan berulang-alik pulang ke tanah air bagi memenuhi tawaran kerja di sini.

“Dalam masa sama, saya akan mencari peluang mengembangkan karier di sana terutama dalam bidang peragaan. Apapun, keluarga akan jadi keutamaan saya nanti,” katanya.

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.

Pada 2007, dia berkahwin dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan bercerai pada 2012.

Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kayuhan Menjunjung Kasih Meriah

Mangsa Taufan Bulbul Meningkat 14 Orang