in

Saya Kena Kuat – Remy Ishak

KUALA LUMPUR: “Saya kena kuat melawan ujian ini. Apa juga yang sudah terjadi, saya perlu lihat kembali dalam diri kerana mungkin saya juga ada melakukan kesilapan.

“Tidak sewajarnya saya menuding jari kepada sesiapa apabila berdepan dugaan dalam hidup,” kata pelakon Remy Ishak.

Mengulas mengenai perkongsiannya menerusi video di Instagram, baru-baru ini, Remy, 37, yang mendakwa dirinya telah menjadi mangsa ilmu hitam berkata, dia perlu bangkit dan melawan gangguan itu.

“Saya masih dalam rawatan, jadi pada ketika ini mental serta fizikal saya perlu kuat. Mungkin saya nampak seperti tiada apa-apa, namun ia sebenarnya mengambil sedikit masa untuk pulih.

“Sebelum ini, saya buntu apa sebenarnya berlaku dalam diri. Sangkakan saya, saya cuma mengalami depresi kerana apabila bersendirian, terutama selepas Subuh dan Asar, saya tiba-tiba menjadi lemah.

“Saya mencuba pelbagai kaedah seperti rawatan moden dan alternatif, tetapi selepas bertemu dengan seorang ustaz, baru saya sedar yang sebenarnya saya terkena ilmu hitam,” kata pelakon filem Sangkar itu.

Remy yang bakal muncul dengan drama bersiri Ombak Rindu untuk siaran Iflix bermula 5 Disember ini berkata, dia masih lagi bercuti, sebelum kembali ke lokasi penggambaran pada akhir bulan ini.

“Saya perlu istiqamah dan sentiasa yakin, tiada siapa yang mampu melawan kuasa Allah. Saya tidak mahu mengalah kerana percaya, setiap apa juga dugaan yang dilalui, pasti ada jalan penyelesaian,” katanya.

Pada pertengahan bulan lalu, Remy menerusi Instagram membuat pengakuan, dia sering melakukan perkara bukan atas kehendaknya, selain cepat marah dan berfikiran negatif hingga takut keluar rumah.

Perubahan itu disedari keluarganya dan mereka menasihatkannya supaya bertemu pengamal perubatan Islam, selain mendapatkan rawatan moden.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Hobi Berbasikal Lajak Boleh Disalur Ke Cara Positif : Syed Saddiq

Kes Jenayah Komersial Rekod Kerugian RM5.8 Bilion