Sebak Suami Ziarah Dan Bersihkan Kub0r Setiap Hari.. Kerana Terlalu Rindukan Arw4h Isteri

TIADA suami yang tidak sayangkan isteri. Pemerg1an isteri yang banyak berkorban selama ini sudah pasti membuatkan si suami berasa sedih dan sunyi.

Namun, siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi.

Begitulah yang dapat digambarkan tentang seorang lelaki w4rga emas ini. Dek kerana terlalu rindukan arwh isteri, dia sanggup menziarahi dan membersih kub0r arwh setiap hari tanpa rasa jemu.

Perkongsian itu telah dimuat naik sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Atam Ayue di laman Facebook.

Menerusi posting tersebut, Atam Ayue juga mendoakan agar bapanya dirahmati oleh Allah dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.

Entri tersebut mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 500 tanda suka dan 129 perkongsian oleh pelayar Facebook.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain mendoakan kesejahteraan buat bapanya.

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber: Atam Ayue facebook, Dr Ahmad Sanusi

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.