Segalanya dah terjawab . Ebit Lew Tenang Menjawab Segala Persoalan Caprice Dan Nadir Al-Nuri di IG live

Segalanya dah terjawab .(VIDEO) Ebit Lew Tenang Menjawab Segala Persoalan Caprice Dan Nadir Al-Nuri di IG live
Bole tonton video dibawah atau terus ke IG Ebit Lew.

Sedia maklum , semalam kecoh di media sosial bahawa Ebit Lew telah membuat laporan polis mengenai tuduhan dan fitnah ke atas dirinya, dari beberapa pihak sejak kebelakangan ini mengenai misi bantuan di Gaza dan telah dikatakan telah mencemarkan nama Malaysia.  Juga atas tuduhan dari pihak yang menyatakan team Ebit LWe sebagai gengster dan tidak beradap. Ada juga pihak yang mahu Ebit Lew menyatakan audit tentang sumbangan yang diberikan.

Sebelum ini , Ebit Lew hanya berdiam diri kerana tidak mahu megeruhlan keadaan namun pihak lain nampaknya masih tidak berpuas hati kerana sikap berdiam diri Ebit Lew , semakin banyak tohmahan yang dilemparkan dan nampak ianya telah meyakitkan hati banyak pihak yang terlibat secara tidak  langsung.

Sebelum ini, Rakyat Malaysia di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir menjelaskan beberapa isu kontroversi.Yang mana ia membabitkan misi bantuan kemanusiaan pasukan Ebit Lew ke Gaza, Palestin menerusi Channel Telegram miliknya dan juga ada beberapa kenyataan yang sedikit menjejaskan nama Ebit Lew.


Malah Caprice yang sepatutnya membuat IG live untuk membongkarkan apa yang berlaku di Gaza juga membatalkan niatnya itu selepas Ebit Lew membuat laporan polis semalam.


Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik bagi semua pihak yang terlibat. Semoga orang-orang hebat seperti kalian tetap kuat untuk terus membantu orang-orang yang memerlukan diluar sana. Baik membantu dari luar atau dalam negeri kerana jasa kalian amatlah kami hargai.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih