Selepas memberi keterangan, kenderaan polis dilihat masuk ke kediaman Ebit Lew

Setelah diminta hadir ke ibu pejabat Polis Bukit Aman hari ini, sebanyak 3 kenderaan polis dilihat memasuki kawasan kediaman pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Beberapa minit setelah kenderaan polis kelihatan pada jam 4.15 petang tadi, sebuah pacuan empat roda dengan logo badan kebajikan milik pendakwah tersebut dilihat memasuki kawasan perumahan yang sama.

Polis siasat kes gangguan seksual

Menjadi buah mulut netizen, kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Lew menjadi punca siasatan tersebut dijalankan.

Kira-kira hampir sejam kemudian, kenderaan polis dilihat meninggalkan kawasan kediaman tersebut pada jam 5.13  petang.

Hari ini, Ustaz Ebit Lew telah dipanggil untuk membantu siasatan berkaitan kes gangguan seksual, namun setelah keterangan diberi, pendakwah tersebut menjelaskan dia dipanggil sebagai saksi untuk melancarkan siasatan berkaitan kes itu.

Tidak cepat melatah, dia bagaimanapun menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu fitnah yang kejam dan melampau kepada dirinya.

“Saya maafkan sesiapa saja yang menjadi fitnah”

Selepas keterangan diambil, Ebit Lew sempat menyatakan bahawa dia telah memaafkan individu yang cuba mendatangkan fitnah kepadanya.

Menurut pihak polis, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran yang boleh menganggu siasatan kes ini.

Sumber: Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil/Sinar Harian

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih