in

Seludup Lima Guni Ketum Guna Motosikal

PADANG BESAR – Lagi dan lagi mengenai kegiatan penyeludupan daun ketum. Kali ini kegiatan ini hanya menggunakan motosikal untuk menyeludup ketum dan telah terbongkar apabila salah seorang dari pesalah telah ditahan oleh pihak berkuasa pada jam 6.30 petang.

Komander Briged Utara, Polis Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, anggota PGA turut telah merampas tiga motosikal.

Katanya, rondaan bermotosikal ketika Op Wawasan Kedah/Perlis, anggota PGA melalui kawasan ladang getah dan terserempak dengan beberapa lelaki sedang menunggang motosikal dalam keadaan sangat mencurigakan.

“Anggota polis telah menghampiri kumpulan berkenaan dan memperkenalkan diri tetapi mereka bertindak untuk melarikan diri.

“Bagaimanapun polis berjaya menahan seorang lelaki berbangsa Siam bersama lima guni putih dipercayai mengandungi daun ketum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Ghani, lima guni daun ketum tersebut bernilai RM32,550 dan kes ini akan disiasat bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantar Makanan Ragut Beg Tangan Wanita

PLUS Tutup Semua Lorong Tambah Nilai Mulai Selasa Ini