Bagi BKC bujang, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Adakah ada pemohonan untuk BKC bujang, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.
Pada 1 September lepas, Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri telah mengumumkan tarikh dan jumlah bayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa 1 yang tertangguh sejak Ogos lepas.
Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula 6 September dan dijangka selesai pada 10 September 2021 termasuklah bagi individiu bujang yang berkelayakan.
Apakah Itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Kelayakan Bujang untuk Menerima BKC
Individu bujang yang layak menerima BKC adalah
- Miskin Tegar
- B40
- M40
Individu bujang yang layak menerima bantuan ini adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM).
Mohon juga : 11 Bantuan Kerajaan Yang Boleh Dimohon Sebelum Masuk Bulan Oktober 2021
Adakah Individu Bujang Perlu Membuat Permohonan BKC?
Individu bujang tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:
Semakan Status
Semakan status BKC boleh dibuat di Portal Rasmi BKC mulai 6 September 2021.
Berapakah Bayaran Yang Akan Diterima Oleh Individu Bujang?
Jumlah keseluruhan bayaran bagi individu bujang adalah sebagaimana berikut;
Tarikh Pembayaran Untuk Invididu Bujang
Individu Bujang bagi kategori Miskin Tegar akan menerima 2 kali pembayaran iaitu pada fasa pertama dan fasa kedua.
Bayaran fasa 1 akan mula disalurkan mulai 6 September 2021. Manakala fasa kedua akan disalurkan pada November 2021
Sementara bagi bujang kategori B40 dan M40 hanya akan menerima bayaran pada fasa pertama sahaja iaitu pada September.
Tiada pembayaran bagi individu bujang bagi kategori B40 dan M40 untuk bulan November dan Disember.
Lihat jadual berikut untuk lebih jelas
Bagaimana Kaedah Bayaran Dilaksanakan?
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
Bujang Miskin Tegar – Melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
Bujang B40 – Melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
Bujang M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian
Soalan Lazim BKC Bujang
Apakah Kelayakan bagi Individu Bujang
Individu bujang yang layak menerima bantuan ini adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM).
1. Miskin Tegar
2. B40
3. M40
Mohon juga: Panggilan Akhir Bantuan RM 700 Untuk Semua Golongan Yang Perlu Anda Mohon
Bagaimana boleh membuat semakan status?
Berapa Jumlah bayaran untuk Individu Bujang
Miskin Tegar – RM500
B40 – RM200
M40 – RM100
Bila Tarikh Bayaran
Mulai 6 Septmber 2021 untuk fasa 1
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021