TERKINI : Semakan Dan Tarikh Bayaran STR Fasa 2 RM 200

TERKINI : Semakan Dan Tarikh Bayaran STR Fasa 2 RM 200. Fasa 2. Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah untuk rakyat B40 & M40 kategori isi rumah & bujang telahpun diagihkan bagi fasa 1 pada 17 Januari 2023.

Kini purata penerima bantuan sebelum ini sedang menunggu tarikh wang STR Fasa 2 akan diagihkan kepada penerima.

Dalam pembentangan Bajet 2023, PM memaklumkan isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada jumlah anak.

Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar makanan bernilai RM600.

Ini bermakna keluarga miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

STR Fasa 2

Bagi tahun 2023, BTR (Bantuan Tunai Rakyat) telah diumumkan dalam pembentangan Bajet Mini 2023. Bagaimanapun, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023).

Kerajaan menyalurkan sumbangan wang tunai kepada golongan B40 melalui program STR yang berjumlah sehingga RM3,100.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Jumlah Pembayaran Fasa 2 STR

Jumlah bayaran untuk Fasa 2 telah dikemas kini di Portal Belanjawan 2023 dan jumlahnya adalah seperti berikut:

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan Bulanan RM2500 dan ke bawah: RM200
  • Pendapatan bulanan RM2500 – RM5000 : RM200

Kategori Warga Emas Sebatang Kara 60 tahun ke atas

  • Pendapatan bulanan RM5000 dan ke bawah: RM100

Bujang 21-59 Tahun

  • Pendapatan RM2500 dan ke bawah: RM100

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • Pendapatan bulanan RM2500 dan ke bawah : RM100

Tarikh Pembayaran STR Fasa 2

Bantuan Tunai Fasa 1 telah diawalkan pembayarannya iaitu pada 17 Januari 2023.

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan dalam Bajet 2023 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan sumbangan bakul makanan serta baucar barangan makanan asas.

Menurut Portal Belanjawan, tarikh pembayaran rasmi STR Fasa 2 adalah pada April 2023.

Cara Semakan STR

Semakan status STR fasa 2 boleh dilakukan melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Berikut adalah cara semakan yang mudah :

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata laluan keselamatan
  4. Maklumat status permohonan dan semakan akan dipaparkan
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan rayuan STR anda boleh hubungi :

Sumber : Bajet.MOF

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

 

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×