Semakan Online GKP 4.0 : Semakan Status Pembayaran RM500 September 2021

Berita baik bagi anda penerima GKP 4.0, pembayaran RM500 akan dibuat pada bulan September ini. Untuk pengetahuan anda, pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP ini  telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.

Secara keseluruhan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP. Oleh itu, kami dari Mingguan Kerja akan berkongsi kepada anda berkenaan maklumat pembayaran GKP untuk bulan September.

Jumlah Bayaran GKP 4.0

Jumlah keseluruhan GKP 4.0 adalah RM1,500 dan akan dibayar secara berperingkat. Pembayaran pertama telahpun dibuat pada bulan Julai yang lalu.

  • Julai: RM500 (GKP Tambahan)
  • September: RM500
  • November: RM500

Tarikh Bayaran GKP 4.0

Pembayaran GKP 4.0 akan mula dibuat pada 21 September 2021

Semakan GKP 4.0

 

Anda boleh membuat semakan GKP dengan melayari pautan https://gkp.hasil.gov.my/

Pendaftaran GKP 4.0

Untuk pengetahuan anda, permohonan GKP 4.0 telahpun ditutup sejak 31 Julai lagi.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara). Rujuk Soal Jawab GKP 4.0 di sini.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih