Semakan Online [RASMI]: Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Covid (BKC) RM800 Untuk B40 2021

Berita baik buat semua rakyat Malaysia kerana bagi tujuan meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19, pihak kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang kan mula diagihkan bermula pada bulan Ogos ini.

JUMLAH BANTUAN YANG DITERIMA & JADUAL PEMBAYARAN BKC 2021

Untuk setakat ini, belum ada lagi tarikh tertentu yang diumumkan tentang bilakah tarikh pemberian BKC, namun pengkreditan dijangka pada minggu terakhir bulan Ogos 2021. Sama-sama kita nantikan info dari semasa ke semasa. Pihak kami akan sentiasa melakukan kemaskini terkini jika terdapat info terkini.

Penerima Miskin Tegar

  1. Isi Rumah: RM1,300
  2. Warga Emas Sebatang Kara: RM500
  3. Bujang: RM500

Penerima B40

  1. Isi Rumah: RM800
  2. Warga Emas Sebatang Kara: RM200
  3. Bujang: RM200

Penerima M40

  1. Isi Rumah: RM250
  2. Warga Emas Sebatang Kara: RM100
  3. Bujang: RM100

 

Jadual Pembayaran BKC:

CARA MEMOHON

Untuk makluman, permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana kelayakan penerima akan ditentukan berdasarkan data sedia ada.

Miskin Tegar & B40: Permohonan BPR 2021

Golongan M40: Percukaian (LHDNM)

KAEDAH PEMBAYARAN

Kesemua para penerima yang layak akan dibayar melalui nombor akaun yang didaftarkan:

Miskin Tegar & B40: Akaun Bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021

Golongan M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman, segala maklumat terperinci berkaitan BKC, anda boleh rujuk DI SINI</>.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih